Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea buka kempen Piala Dunia Kelab 2025 dengan kemenangan 2-0 ke atas LAFC
  • SUKAN

Chelsea buka kempen Piala Dunia Kelab 2025 dengan kemenangan 2-0 ke atas LAFC

Utusan Sarawak 7 hours ago
PARA pemain Chelsea masih segar dengan kejayaan mereka menjuarai Liga Konferens Europa musim ini. Foto AFP

ANKARA: Chelsea memulakan kempen Piala Dunia Kelab FIFA 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan Los Angeles FC 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan D, semalam, lapor Anadolu Ajansi.

Perlawanan berlangsung di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta yang menjadi pentas pertemuan sulung kumpulan berkenaan.

Pedro Neto membuka tirai jaringan buat kelab Liga Perdana Inggeris itu pada minit ke-34 untuk mendahului 1-0 di separuh masa pertama.

Enzo Fernandez mengesahkan kemenangan milik The Blues dengan jaringan kedua pada minit ke-79.

Satu lagi aksi Kumpulan D melibatkan Esperance (Tunisia) dan Flamengo (Brazil) dijadual berlangsung awal pagi Selasa pada 0100 GMT. – Bernama – Anadolu

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Sepak Takraw Sarawak 2025: 10 pasukan berentap 18-22 Jun di Kota Samarahan
Next: Kad kuning jejas rentak Malaysia lawan New Zealand – Sarjit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.