Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea bertemu JDT dalam perlawanan pramusim di SSI Ogos ini
  • SUKAN

Chelsea bertemu JDT dalam perlawanan pramusim di SSI Ogos ini

Utusan Sarawak 2 hours ago
POSTER perlawanan pramusim di antara Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea menentang juara Liga Super Johor Darul Ta’zim. Foto: Facebook Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea akan menentang juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi bola sepak berprestij pada 11 Ogos ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

TEG Sport, penerbit dan penganjur acara sukan membabitkan pasukan serta jenama sukan terbesar dunia dalam kenyataan memaklumkan perlawanan yang dijadual bermula 8.00 malam itu memberi peluang kepada peminat menyaksikan JDT menentang kelab utama England di halaman sendiri.

Perlawanan itu akan menjadi persiapan pramusim penting buat Chelsea menjelang kempen 2026/27, selain memberikan JDT ujian besar menentang pasukan elit Eropah.

Pengarah operasi bola sepak Chelsea Pete Nuttall berkata kelab itu gembira dapat menyenaraikan perlawanan menentang JDT sebagai aksi terakhir jelajah pramusim, selain membuat kunjungan pertama ke Malaysia sejak perlawanan persahabatan pada 2013.

“Bola sepak mempunyai pengikut yang ramai di seluruh rantau ini dan ini merupakan peluang terbaik buat penyokong Chelsea di Malaysia serta seluruh Asia Tenggara untuk menyaksikan pasukan beraksi sekali lagi menjelang musim baharu,” katanya dalam kenyataan itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif JDT Luis Garcia berkata kelab itu berbangga dan berbesar hati untuk menerima kunjungan Chelsea sambil menyifatkan perlawanan itu sebagai satu pencapaian penting buat JDT serta mencerminkan peningkatan reputasi kelab itu dalam arena bola sepak Asia.

“SSI ialah kubu kami dan pada Ogos ini, stadium itu akan menjadi pentas bagi malam yang benar-benar tidak dapat dilupakan. Kami tidak sabar menantikan perlawanan ini, yang merupakan antara banyak lagi aksi yang bakal berlangsung pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan TEG Sport Rachael Carroll berkata pihak penganjur teruja untuk membawa Chelsea ke Malaysia serta merakamkan penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail atas sokongan dalam usaha membawa perlawanan itu ke Johor dan memberi peluang untuk beraksi di SSI yang luar biasa.

Chelsea merupakan juara Piala Dunia Kelab FIFA dan satu-satunya kelab yang telah memenangi setiap trofi utama dalam era moden manakala JDT pula telah mengukuhkan dominasi dalam bola sepak Malaysia dengan memenangi 12 kejuaraan Liga Super berturut-turut, selain beberapa kejuaraan Piala Malaysia dan Piala FA, serta kejayaan di pentas benua menerusi Piala AFC. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Malaysia Masters 2026: Cabaran beregu wanita negara tamat di pusingan pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.