Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea benam West Ham, catat kemenangan pertama musim ini
  • SUKAN

Chelsea benam West Ham, catat kemenangan pertama musim ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMAIN pertahanan Inggeris Chelsea #23 Trevoh Chalobah (C) meraikan kejayaan menjaringkan gol kelima pasukan itu semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara West Ham United dan Chelsea di Stadium London, di London pada 22 Ogos 2025. Foto AFP

LONDON: Chelsea bangkit daripada kejutan awal untuk meraih kemenangan bergaya 5-1 ke atas West Ham di Stadium London sekali gus mencatat kemenangan pertama musim ini, lapor Xinhua.

Meskipun kehilangan Cole Palmer akibat kecederaan ketika memanaskan badan, The Blues mempamerkan aksi serangan bertenaga apabila Joao Pedro, Pedro Neto, Enzo Fernandez, Moises Caicedo dan Trevoh Chalobah masing-masing meledak gol.

Keputusan itu menyaksikan tuan rumah tewas dua perlawanan berturut-turut pada permulaan saingan Liga Perdana Inggeris dan meninggalkan penyokong West Ham kecewa apabila derbi London itu cepat bertukar menjadi perlawanan sebelah pihak.

Ketiadaan Palmer membuka peluang buat pemain muda berusia 18 tahun, Estevao Willian, namun permulaan malamnya agak suram apabila hantaran belakang tumitnya pada minit keenam membolehkan Lucas Paqueta mara dan melepaskan rembatan kencang menewaskan Robert Sanchez.

Namun, kegusaran Chelsea segera reda. Estevao bangkit menunjukkan peranan besar dalam kebangkitan pasukannya. Rakan senegara, Joao Pedro, menyamakan kedudukan dengan tandukan jarak dekat sembilan minit kemudian sebelum VAR menafikan gol West Ham selepas Jean-Clair Todibo dikesan offside dalam gerakan gol Niclas Fullkrug.

Chelsea mengambil alih kawalan sejurus selepas itu. Neto meledak voli kemas untuk meletakkan pasukan di depan pada minit ke-23, dan Estevao menebus kesilapan awalnya dengan menghantar umpanan lintang yang disempurnakan Fernandez bagi gol ketiga.

Sorakan boo daripada penyokong tuan rumah pada separuh masa pertama menjadi bayangan awal situasi yang bakal berlaku. Fernandez mensia-siakan peluang selepas rehat, namun Chelsea kekal garang melalui sepakan sudut. Caicedo dan Chalobah masing-masing menghukum kesilapan penjaga gol Mads Hermansen yang gagal menepis bola, dengan dua gol pantas sekali gus mengesahkan kemenangan besar Chelsea.

Sebahagian besar penonton meninggalkan stadium sebelum wisel penamat apabila kemarahan semakin memuncak terhadap Graham Potter dan barisan pemainnya. Dengan kekalahan 0-3 kepada pasukan baru naik, Sunderland, minggu lalu, West Ham kini menghuni tangga tercorot liga selepas bolos lapan kali.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: TBBC Sri Aman tuai lima emas, empat perak, empat gangsa 
Next: Undian Piala Dunia 2026 diadakan 5 Dis di Washington

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.