Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea bangkit dua kali sebelum benam Wrexham 4-2 
  • SUKAN

Chelsea bangkit dua kali sebelum benam Wrexham 4-2 

Utusan Sarawak 8 hours ago

Alejandro Garnacho meraikan jaringan ketika membantu Chelsea menewaskan Wrexham 4-2 dalam aksi pusingan kelima Piala FA di Racecourse Ground. – Foto AFP.

WTEXHAM (UK): Chelsea terpaksa bangkit dua kali sebelum menundukkan Wrexham 4-2 selepas masa tambahan dalam aksi dramatik pusingan kelima Piala FA awal pagi ini.

Pasukan tuan rumah yang dimiliki pelakon Hollywood Ryan Reynolds dan Rob McElhenney terlebih dahulu mengejutkan pelawat apabila Sam Smith membuka jaringan pada minit ke-18 di Stadium Racecourse Ground.

Namun, Chelsea menyamakan kedudukan menjelang rehat selepas bola terkena belakang penjaga gol Arthur Okonkwo sebelum masuk ke gawang sendiri.

Babak kedua terus rancak apabila Callum Doyle meletakkan Wrexham kembali di depan pada minit ke-78, tetapi hanya empat minit kemudian Josh Acheampong menyamakan kedudukan buat Chelsea.

Perlawanan berubah arah pada masa kecederaan apabila George Dobson dilayangkan kad merah oleh pengadil Peter Bankes selepas semakan VAR.

Kelebihan seorang pemain dimanfaatkan Chelsea apabila Alejandro Garnacho meledak gol pada masa tambahan sebelum Joao Pedro menambah jaringan keempat untuk memastikan kemenangan.

Kejayaan itu membawa Chelsea ke suku akhir FA Cup, manakala Wrexham terlepas peluang mencipta kejutan selepas sebelum ini menyingkirkan Nottingham Forest. – AFP

Continue Reading

Previous: KL City lonjak ke tangga kedua
Next: Pearly Tan-M Thinaah kandas separuh akhir badminton All England 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.