Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea atasi United, Cucurella wira 
  • SUKAN

Chelsea atasi United, Cucurella wira 

Utusan Sarawak 20 hours ago

Pemain pertahanan Chelsea, Reece James (kiri) dan Marc Cucurella meraikan kemenangan 1-0 ke atas Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London. – Foto AFP

LONDON: Chelsea memastikan kelayakan ke Liga Juara-Juara masih boleh ditentukan mereka sendiri ketika gol kemenangan Marc Cucurella menewaskan Manchester United 1-0 untuk melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).

United bersiap sedia menjelang final Liga Europa minggu depan menentang Tottenham dan berjaya mengekang The Blues ketika Ruben Amorim menamakan skuad lebih kuat berbanding jangkaan.

Bagaimanapun, Red Devils akhirnya tunduk kali ke-18 dalam liga musim ini dan kekal di tangga ke-16 dalam carta liga.

Chelsea dan Aston Villa, yang menewaskan Spurs 2-0 pada satu lagi aksi EPL awal pagi tadi, kedua-duanya mengatasi Manchester City dalam kelompok lima teratas.

City berdepan Bournemouth di laman sendiri awal pagi Rabu ini ketika mereka menentang Crystal Palace pada final Piala FA malam ini.

Namun Chelsea akan memastikan mereka kembali ke pertandingan utama Eropah selepas dua tahun sekiranya mereka mengalahkan Nottingham Forest pada hari terakhir musim.

Mereka juga boleh menamatkan kempen dengan satu trofi apabila berdepan Real Betis pada final Liga Konferens UEFA di Wroclaw, Poland 28 Mei ini.

“Kini hanya tinggal dua perlawanan untuk meraih sesuatu yang istimewa,” kata Cucurella.

“Hari ini adalah detik untuk dinikmati kerana kami bekerja keras sepanjang musim bagi detik sebegini jadi kini kami ada impian untuk dipenuhi.”

Ketika penyerang Chelsea kurang inspirasi, detik gol kemenangan dicipta dan disudahkan oleh dua pemain pertahanan mereka 19 minit sebelum tamat.

Cucurella menanduk masuk hantaran silang Reece James melepasi jangkauan penjaga gol United, Andre Onana bagi gol ketujuhnya musim ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Permohonan Lesen Kebangsaan 2025-2026 masih dinilai
Next: Arteta intai penyerang bertaraf bintang untuk musim depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.