Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Chee Kadir mahu projek masjid baharu Kabong disiapkan mengikut jadual
  • Tengah
  • WILAYAH

Chee Kadir mahu projek masjid baharu Kabong disiapkan mengikut jadual

Utusan Sarawak 10 hours ago
LAWATAN TAPAK… Dato Mohd Chee Kadir meninjau perkembangan pembinaan masjid baharu Kabong semasa lawatan ke tapak projek di Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Pembinaan masjid baharu Kabong yang merupakan antara projek pembangunan penting di kawasan ini perlu dipercepatkan bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual sekali gus dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek berkenaan merupakan kemudahan yang amat dinantikan oleh masyarakat, justeru semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Tapak Cadangan Pembinaan masjid baharu Kabong di Pejabat Daerah Kabong, semalam.

Dalam mesyuarat tersebut, Jabatan Agama Islam Sarawak (MIS) membentangkan perkembangan semasa pembinaan masjid baharu Kabong dan dewan serbaguna.

Menurut laporan kemajuan sehingga 25 Mac 2026, prestasi fizikal projek mencapai 69 peratus berbanding sasaran 95 peratus, manakala kemajuan kewangan merekodkan 72 peratus berbanding sasaran 96 peratus.

MIS turut memaklumkan bahawa surat amaran pertama telah dikeluarkan kepada Doland (M) Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama berikutan kelewatan pelaksanaan projek.

Bagaimanapun, jabatan itu memutuskan untuk tidak mengeluarkan surat amaran kedua buat masa ini. Sebaliknya, satu surat peringatan akan dikemukakan bagi menggesa kontraktor mengambil tindakan segera untuk mempercepat pelaksanaan kerja.

Chee Kadir berkata, pembinaan masjid baharu Kabong bukan sekadar projek pembangunan fizikal, malah penting bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak yang terlibat, khususnya kontraktor, dapat meningkatkan komitmen dan mempercepat pelaksanaan kerja agar projek berkenaan dapat disiapkan mengikut piawaian serta tempoh yang ditetapkan.

“Penyiapan projek mengikut jadual amat penting supaya kemudahan ini dapat diserahkan kepada rakyat tanpa kelewatan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk Kabong,” katanya.

Beliau turut berharap kerjasama erat antara agensi pelaksana, kontraktor dan semua pihak berkaitan dapat diteruskan bagi memastikan projek tersebut disiapkan dengan kualiti terbaik demi kepentingan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: Tengah

Continue Reading

Previous: Sistem parkir baharu Sibu perlu ditambah baik, jangan bebankan rakyat — Tiong
Next: Paip pecah di Loji Rawatan Air Trusan jejas bekalan air di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.