Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Chee Kadir komited teruskan kejohanan Bola Sepak Pantai Veteran Kabong 2026
  • Selatan
  • Tengah
  • WILAYAH

Chee Kadir komited teruskan kejohanan Bola Sepak Pantai Veteran Kabong 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
Dato Mohd Chee Kadir merasmikan Kejohanan Bola Sepak Pantai Veteran N.40 Kabong 2025 di Pantai Tanjung Kembang Kabong, semalam. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Sukan bukan sekadar pertandingan, malah merupakan wadah terbaik dalam memperkukuh perpaduan komuniti. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, kejohanan seumpama ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan pemain veteran, malah turut menyemarakkan budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat setempat.

Dato Mohd Chee Kadir merasmikan Kejohanan Bola Sepak Pantai Veteran N.40 Kabong 2025 di Pantai Tanjung Kembang Kabong, semalam. Foto: ADUN Kabong

​Beliau bersama isteri, Datin Meryani Yassin, hadir menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Pantai Veteran N.40 Kabong 2025, sekali gus menyempurnakan majlis penangguhan kejohanan tersebut yang berlangsung di Pantai Tanjung Kembang Kabong, dekat sini semalam.

​Dalam ucapannya, Chee Kadir menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang bertanding serta pihak penganjur atas kejayaan mengelola kejohanan dengan lancar dan teratur. 

Beliau turut menyatakan hasrat untuk meneruskan penganjuran ini pada masa akan datang.

​”Kita berjanji akan meningkatkan jumlah hadiah bagi menarik lebih banyak penyertaan dan memeriahkan lagi kejohanan yang akan datang,” tambahnya lagi sebagai suntikan semangat kepada para peserta.

Dato Mohd Chee Kadir merasmikan Kejohanan Bola Sepak Pantai Veteran N.40 Kabong 2025 di Pantai Tanjung Kembang Kabong, semalam. Foto: ADUN Kabong

​Kejohanan yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan itu menyaksikan pasukan PBB A muncul sebagai juara. Manakala, Pasukan Gerigat Veteran FC meraih tempat kedua, diikuti oleh pasukan Alif di tempat ketiga dan Gabungan JKKK BMW di tempat keempat.

​Selain kejayaan berpasukan, kecemerlangan individu turut dihargai melalui beberapa anugerah khas.

Abang Ahmad Abang Resdi dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik, sementara gelaran Penjaring Gol Terbanyak disandang oleh Abang Sharif Abang Fadil yang berjaya melakukan enam jaringan sepanjang kejohanan. Manakala, anugerah Pemain Tahan Pukuh pula menjadi milik Madat Tuah.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau lokasi tanah runtuh di Nanga Serau
Next: Seni Kuntau Iban perlu diperkasa sebagai warisan, produk pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.