Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Chee Kadir gesa ahli PBB Kabong giat tambah keahlian baharu
  • WILAYAH

Chee Kadir gesa ahli PBB Kabong giat tambah keahlian baharu

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir pada sesi penyerahan kad keahlian PBB kepada ahli-ahli baharu bagi Cawangan Kabong yang berlangsung di Pusat Khidmat ADUN Kabong, hari ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menggesa semua ahli parti supaya mempergiatkan usaha menambah keahlian baharu PBB di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong bagi memperkukuhkan kekuatan parti di peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong berkata, usaha tersebut penting bagi memastikan PBB terus relevan dan kekal menjadi tunjang kepada perjuangan serta pembangunan Sarawak.

Menurutnya, setiap ketua ranting perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menggerakkan kempen penambahan ahli baharu di kawasan masing-masing.

“Peranan ketua ranting amat penting dalam memastikan keahlian parti terus meningkat dari semasa ke semasa sekali gus memperkukuhkan organisasi PBB di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu sesi penyerahan kad keahlian PBB kepada ahli-ahli baharu bagi Cawangan Kabong yang berlangsung di Pusat Khidmat ADUN  Kabong, hari ini.

Dalam pada itu, Chee Kadir turut menegaskan bahawa sokongan serta komitmen semua ahli amat diperlukan bagi memastikan PBB Cawangan Kabong terus kukuh dan mantap.

Selain penyerahan kad keahlian, sesi tersebut turut disusuli dengan randau bersama ketua-ketua ranting bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan gerak kerja parti di peringkat akar umbi.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah usaha mempergiatkan aktiviti melibatkan golongan belia bagi memastikan lebih ramai anak muda menyertai serta terlibat secara aktif dalam aktiviti parti.

Turut hadir pada sesi tersebut ialah Naib Ketua Cawangan, Maini Spawi; Ketua Pergerakan Pemuda, Abdul Rahim Peli; Ketua Pergerakan Wanita, Norain Abdullah; Ketua Pergerakan Belia, Mohammad Firdaus Shamsudin serta ahli jawatankuasa cawangan dan pergerakan parti.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerjasama semua pihak pantau pelaksanaan projek di kawasan DUN Kalaka
Next: Lelaki hilang ketika menjala di Sungai Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.