Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Charity 6.0 santuni 63 anak yatim, erat perpaduan masyarakat
  • WILAYAH

Charity 6.0 santuni 63 anak yatim, erat perpaduan masyarakat

Utusan Sarawak 7 hours ago
HAMPER RAYA….Law (lima kiri) dan Lau (enam kiri) menyampaikan hamper kepada anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang. Turut diperhatikan oleh Yusnar (empat kanan) serta yang lain.

SIBU: Persatuan Jualan dan Perkhidmatan Barangan Elektrik dan Elektronik Zon Tengah, Sarawak menyantuni anak yatim program Charity 6.0 di Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang, petang semalam.

Pengerusinya, Lau Wang Mee berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan menyampaikan bantuan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan serta menyemai nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Pada tahun ini, program Charity 6.0 lebih bermakna kerana kita dapat menyantuni komuniti Melayu, sekali gus mengukuhkan hubungan melalui semangat saling memahami dan prihatin.

DIRAIKAN…..Warga Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang merakam kenangan selepas program Charity 6.0 anjuran Persatuan Jualan dan Perkhidmatan Barangan Elektrik dan Elektronik Zon Tengah, Sarawak.

“Kami berbesar hati dapat menyampaikan hamper Raya dan barangan keperluan asas kepada 63 anak yatim dengan harapan dapat membawa kegembiraan dan keceriaan kepada mereka,” ujarnya pada majlis tersebut.

Katanya, program berkenaan turut mencerminkan semangat perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan nilai saling menghormati dan prihatin antara satu sama lain.

“Saya merakamkan penghargaan kepada pengerusi penganjur, Kaunselor Michelle Law Wan Ling atas komitmen dan kepimpinan dalam menjayakan program berkenaan, selain semua penyumbang yang tampil memberikan sokongan,” ujarnya lagi.

KEMERIAHAN….Lau (empat kiri) dan Law (empat kanan) bersama Persatuan Jualan dan Perkhidmatan Barangan Elektrik dan Elektronik Zon Tengah, Sarawak pada program Charity 6.0 di Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang.

Program tersebut turut diserikan dengan majlis berbuka puasa bersama anak-anak berkenaan dalam suasana penuh mesra dan bermakna, sempena bulan Ramadan yang mulia.

Antara barangan yang disumbangkan termasuk bakul hadiah Hari Raya serta keperluan harian seperti pencuci pakaian, deodoran, tuala wanita dan ubat gigi.

Turut hadir, Ahli Lembaga PERYATIM Sarawak yang juga Pengerusi Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu, Dato Mohamad Yusnar Matalie.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis Bau laksana program advokasi keselamatan jalan raya sempena Op Selamat 26
Next: Sanitasi diperkemas, pasar lebih selamat untuk pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.