Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ceroboh pelantar minyak, bot rekreasi ditahan
  • JENAYAH

Ceroboh pelantar minyak, bot rekreasi ditahan

Utusan Sarawak 4 hours ago
CEROBOH… Bot rekreasi menceroboh kawasan larangan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri, pagi semalam.

MIRI: Tindakan sekumpulan individu memancing terlalu hampir dengan pelantar minyak membawa padah apabila bot rekreasi dinaiki mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri, pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim, Mohd Khairol Anuar Saad berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira 11.30 pagi pada kedudukan 22.4 batu nautika barat laut Kuala Miri.

Menurutnya, bot itu dikesan menceroboh kawasan larangan apabila melakukan aktiviti memancing kurang 500 meter dari pelantar minyak milik Petronas.

“Pemeriksaan turut mendapati bot berkenaan gagal mengemukakan lesen yang sah, sekali gus melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952,” katanya dalam kenyataan, semalam.

DITAHAN… Sekumpulan individu memancing terlalu hampir dengan pelantar minyak membawa padah apabila bot rekreasi dinaiki mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri, pagi semalam.

Beliau berkata, bot itu dikendalikan seorang nakhoda bersama dua kru dan empat penumpang berusia antara 22 hingga 74 tahun.

“Kesemua mereka ditahan sebelum bot diiringi ke Pusat Tahan Vesel (PTV) Miri untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tambahnya, Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan bagi memastikan semua vesel mematuhi undang-undang serta menjamin keselamatan perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut boleh menghubungi talian 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di 085-649111.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Tiris 4.0: KPDN Sarawak rampas 4,000 liter diesel disyaki diseleweng di Demak Laut
Next: Tiga lelaki ditahan, lebih 900 paket barang kawalan dirampas di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.