Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Ceroboh kilang, lelaki dipenjara tiga bulan
  • MAHKAMAH

Ceroboh kilang, lelaki dipenjara tiga bulan

Utusan Sarawak 21 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap seorang lelaki yang bertindak menceroboh sebuah kilang di Lorong Ding Lik Kong 32, dengan niat untuk melakukan jenayah.

Tertuduh, Peter Bom, 50, diperintah oleh Majistret Oon Kork Chern mula menjalani hukuman penjara itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap, 24 Jun 2025.

Terdahulu, Peter didakwa menceroboh kawasan kilang terbabit pada 8 Jun 2025, kira-kira 2.30 petang dan telah melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan di bawah seksyen ini boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada 8 Jun 2025, kira-kira  7.02 malam, pengadu menerima pemberitahuan melalui telefon bimbit dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kilangnya menunjukkan orang yang tidak dikenali menceroboh kilang terbabit.

Pemeriksaan yang dijalankan kemudian mendapati 15 unit kabel elektrik telah hilang dipercayai dicuri, dengan kerugian dianggarkan RM21,000. Pengadu kemudian membuat laporan polis.

Pada 24 Jun 2025, kira-kira 10.05 pagi, pihak polis telah menahan dua lelaki termasuk tertuduh di Jalan Awang Ramli Amit untuk membantu siasatan.

Siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh telah masuk ke kawasan kilang tanpa kebenaran. Perbuatan tertuduh itu telah dirakamkan oleh CCTV yang dipasang di kilang tersebut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pengawai Pendakwa ASP Siti Mariyah Dahari sementara tertuduh tidak diwakili. 

Oleh Akun Giman  

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Gara-gara puntung rokok, lelaki didenda RM2,000 di Kapit
Next: Kes Zara Qairina: Khidmat kami pro bono, tertuduh bukan anak VVIP – Ram Singh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.