Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ceri premium dijual melebihi 1 juta yen pada lelongan pertama tahun ini di Jepun
  • GLOBAL

Ceri premium dijual melebihi 1 juta yen pada lelongan pertama tahun ini di Jepun

Utusan Sarawak 2 days ago
CERI premium ‘Sato Nishiki’ dari wilayah Yamagata di timur laut Jepun dijual hari ini pada harga rekod dalam lelongan pertama tahun ini.

YAMAGATA, Jepun: Ceri premium ‘Sato Nishiki’ dari wilayah Yamagata di timur laut Jepun dijual hari ini pada harga rekod dalam lelongan pertama tahun ini, termasuk 1.8 juta yen (AS$11,500) bagi satu kotak di sebuah pasar di Tokyo, atau lebih 26,000 yen sebiji, lapor Agensi Berita Kyodo.

Dalam satu lelongan di bandar Tendo, Yamagata, satu kotak yang mengandungi 68 biji ceri dijual pada harga rekod 1.55 juta yen.

Timbalan pengurus jualan JA Tendo Foods, Kenichi Mannen, yang memenangi bidaan tertinggi di Tendo, berkata: “Saya dimaklumkan bahawa pengurusan tahun ini agak mencabar berikutan cuaca yang tidak menentu, dan kami mahu bekerja keras untuk membekalkan produk yang menggembirakan pelanggan.”

JA Tendo Foods merancang untuk menjual ceri berkenaan secara dalam talian.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 landa timur laut India
Next: Gempa kuat landa barat Jepun, tiada amaran tsunami

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.