Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ceramah pencegahan jenayah komersial tingkat kesedaran warga sekolah di Bau
  • Selatan
  • WILAYAH

Ceramah pencegahan jenayah komersial tingkat kesedaran warga sekolah di Bau

Utusan Sarawak 5 hours ago
GURU-guru di Bau sertai ceramah pencegahan jenayah komersial.

BAU: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah Bau telah menganjurkan Ceramah Pencegahan Jenayah Komersial di SK Sungai Pinang semalam sebagai usaha berterusan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jenayah komersil dan jenayah siber.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata program yang berlangsung dari 2.00 petang hingga 4.00 petang itu bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan sekolah mengenai pelbagai bentuk jenayah komersial yang sering berlaku di daerah tersebut.

“Seramai 22 peserta menghadiri program ini yang memberi fokus kepada trend terkini jenayah komersial, termasuk penipuan e-dagang, penipuan telefon, penipuan pinjaman tidak wujud, kes keldai akaun, love scam serta penipuan bersemuka yang melibatkan pembayaran QRPay,” katanya.

Ceramah tersebut disampaikan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil iaitu Sjn Shamsul Ezam Sahat, Kpl Roy Stansfield Taha dan L/Kpl Iskandar Zulkarnain Zuraini.

GURU-guru di Bau sertai ceramah pencegahan jenayah komersial.

Menurut Mohd Haide, peserta turut diberikan panduan praktikal serta langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dan jenayah komersil melalui risalah yang diedarkan sepanjang program.

“Selain itu, para peserta turut diperkenalkan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil seperti talian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) 997, aplikasi Whoscall dan portal Semak Mule,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut mendapat sambutan yang amat positif daripada kakitangan SK Sungai Pinang yang menunjukkan minat serta penglibatan aktif sepanjang sesi berlangsung.

“Program seperti ini penting dalam mewujudkan komuniti yang celik digital, peka terhadap risiko jenayah siber dan mampu melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian,” katanya.

Mohd Haide menambah bahawa program berkenaan telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Detik cemas Hilux dihanyutkan arus deras, pemandu sempat selamatkan diri
Next: AI tidak mampu ganti peranan wartawan – Soon Koh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.