Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ceramah Kesedaran Jenayah perkukuh kesedaran warga Hospital Sibu
  • WILAYAH

Ceramah Kesedaran Jenayah perkukuh kesedaran warga Hospital Sibu

Utusan Sarawak 1 day ago
SEKITAR berlangsungnya ceramah bertajuk Kesedaran Jenayah yang dianjurkan di Dewan Rejang, Hospital Sibu di sini semalam. Foto IPD Sibu

SIBU: Seramai 85 kakitangan dan pegawai keselamatan Hospital Sibu menghadiri ceramah bertajuk Kesedaran Jenayah yang dianjurkan di Dewan Rejang, Hospital Sibu semalam.

Ceramah ini dianjurkan dengan kerjasama Hospital Sibu bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKKD) serta Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJKD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai jenayah komersil yang kian berleluasa dalam kalangan masyarakat, khususnya penjawat awam.

Peserta diberi penerangan mengenai trend jenayah komersil terkini serta modus operandi yang digunakan oleh penjenayah, termasuk penipuan atas talian seperti ‘scam’ pelaburan, panggilan palsu dan penipuan e-dagang.

Turut hadir Inspektor Ahmad Fahmi dari BSJKD Sibu serta Inspektor Alrani Alipnor, Ketua Operasi Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti BPJKKD Sibu.

Peserta turut didedahkan kepada fungsi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan peranan Pusat Respons Scam Nasional (NSRC) yang boleh dihubungi menerusi talian 997.

Aplikasi keselamatan seperti Whoscall, penggunaan kod QR untuk e-book jenayah komersil, serta saluran rujukan seperti Portal Semak Mule / CCID Check, CCID Response Center, dan laman media sosial rasmi @CyberAlertRMP serta @JSJKPDRM turut dipromosikan.

Selain itu, BPJKKD Sibu juga berkongsi langkah pencegahan jenayah seperti samun dan kecurian, serta memperkenalkan aplikasi Volunteer Smart Phone (VSP) sebagai saluran melaporkan maklumat jenayah secara terus kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penganjur turut menyatakan penghargaan atas sambutan positif daripada peserta yang menyatakan hasrat untuk berkongsi maklumat tersebut dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.

Ceramah ini bukan sahaja berjaya menyampaikan maklumat penting kepada peserta, malah memperkukuh hubungan strategik antara pihak polis dan komuniti dalam usaha bersama membanteras jenayah.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Isu hak milik tanah Sekuau dibawa ke peringkat Persekutuan – Fadillah
Next: Engkilili bakal nikmati pembangunan pesat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.