Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ceramah kebakaran, penduduk didedah cara tindak balas awal
  • WILAYAH

Ceramah kebakaran, penduduk didedah cara tindak balas awal

Utusan Sarawak 5 hours ago
LATIHAN PRAKTIKAL….Peserta berlatih memadamkan kebakaran dapur dengan cara yang betul. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seramai 27 orang penduduk Rumah Bisa Melintang, Sungai Sian telah menyertai ceramah keselamatan kebakaran. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata program kesedaran awam ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk memahami langkah pencegahan kebakaran dan cara menggunakan peralatan pemadaman dengan betul.

“Ceramah serta demonstrasi yang dijalankan bertujuan memberi pendedahan secara praktikal kepada penduduk tentang cara mengendalikan kebakaran, khususnya di dapur. 

“Pendedahan awal ini penting supaya mereka mampu bertindak pantas sebelum bantuan tiba,” katanya ketika dihubungi. 

LATIHAN PRAKTIKAL….Peserta berlatih memadamkan kebakaran dapur dengan cara yang betul. Foto BBP Bintangor 

Tambahnya, antara pengisian program termasuk ceramah kesedaran dan pencegahan kebakaran, pengenalan alat pemadam api, demonstrasi pemadaman kebakaran, serta latihan mengendalikan insiden kebakaran dapur memasak.

Selain itu, pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) turut dijalankan di sekitar rumah panjang tersebut. 

“Program sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha mendekatkan bomba dengan masyarakat dan meningkatkan kesedaran keselamatan di kawasan luar bandar.

“Keselamatan adalah tanggungjawab bersama dengan adanya kerjasama antara pihak bomba dan komuniti, kita dapat mengurangkan risiko kebakaran sekali gus melindungi nyawa serta harta benda,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sambutan 20 tahun Rumah Panjang Insol diserikan dengan perasmian projek RTP
Next: Komuniti Kapit terima peruntukan lebih RM700,000, bukti komitmen kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.