Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • CEO TikTok mohon bertemu Menteri Luar Kanada berhubung penamatan operasi – Surat
  • GLOBAL

CEO TikTok mohon bertemu Menteri Luar Kanada berhubung penamatan operasi – Surat

Utusan Sarawak 8 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Chew berkata, arahan kerajaan persekutuan untuk menutup operasi syarikat di Kanada adalah ‘lapuk dan tidak produktif.’

WASHINGTON:  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Chew, memohon mengadakan pertemuan segera dengan Menteri Luar Kanada Melanie Joly bagi membincangkan arahan penutupan operasi syarikat itu yang dikenakan oleh kerajaan Kanada.

“Saya menulis kepada anda untuk memohon satu pertemuan segera berhubung penamatan TikTok Kanada yang telah diarahkan oleh Kerajaan Kanada,” kata Shou dalam surat bertarikh 2 Julai itu. “Saya memohon agar satu pertemuan secara bersemuka dapat diadakan dengan anda dalam tempoh dua minggu akan datang bagi membincangkan situasi mendesak ini.”

Shou memberi amaran bahawa tanpa campur tangan Joly, TikTok terpaksa menutup operasinya di Kanada sepenuhnya. Semua kakitangan tempatan akan diberhentikan, dan syarikat bukan sahaja perlu menghentikan pelaburan berjumlah ‘ratusan juta’ dolar tetapi juga sokongan kepada pencipta kandungan dan budaya Kanada.

Beliau turut berhujah bahawa keputusan untuk menutup pejabat TikTok Kanada di seluruh negara telah dibuat oleh kerajaan terdahulu dalam situasi yang berbeza, dan keadaan semasa tidak lagi mencerminkan realiti tersebut.

“Kami yakin kebimbangan Kanada boleh ditangani melalui protokol keselamatan data yang dipertingkat bagi data pengguna Kanada, disahkan oleh pihak ketiga yang dipercayai; serta menerusi langkah ketelusan dan pemantauan tambahan bagi meningkatkan akauntabiliti dalam isu seperti keselamatan dalam talian, pilihan raya dan campur tangan asing,” kata Shou.

Pada November lalu, kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri Justin Trudeau telah mengarahkan penutupan cawangan TikTok di Kanada, TikTok Technology Canada, atas alasan risiko terhadap keselamatan negara.

Pada awal 2023, Ottawa juga melarang penggunaan aplikasi media sosial itu di semua peranti keluaran kerajaan persekutuan dengan alasan ia menimbulkan risiko terhadap privasi dan keselamatan. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Phra Prang Wat Arun di Thailand dicalon sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Next: 11 hilang selepas bot laju terbaik di perairan Pulau Mentawai, Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.