Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • CENTEXS terajui program semikonduktor Sarawak
  • SEMASA

CENTEXS terajui program semikonduktor Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
SMD Semiconductor menyerahkan pelaksanaan Program Mastery Semikonduktor kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

SIBU: SMD Semiconductor hari ini menyerahkan pelaksanaan Program Mastery Semikonduktor kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), sekali gus memperkukuh usaha membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam industri semikonduktor global di Sarawak.

Pertukaran kerjasama strategik program itu disaksikan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee sempena penganjuran SMD IC Design Make-A-Thon 2025 di Universiti Teknologi Sarawak, Sibu.

Ketua Pegawai Eksekutif SMD Shariman Jamil berkata penyerahan itu bukan sekadar peralihan tanggungjawab, sebaliknya langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem bakat di negeri berkenaan.

“Dengan CENTEXS menerajui pelaksanaan dan SMD sebagai penyedia latihan eksklusif, kami akan memastikan program ini terus mengekalkan kualiti teknikal dan diperluas kepada lebih ramai peserta,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Datuk Syeed Mohd Hussien Wan Abd Rahman berkata, kerjasama itu sebagai satu pencapaian membanggakan dan menzahirkan komitmen pihaknya untuk terus melengkapkan belia Sarawak dengan kemahiran relevan yang diperlukan industri.

“Langkah ini mengukuhkan lagi sinergi antara CENTEXS dan SMD dalam misi bersama memperkasakan bakat, menyokong sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta memacu inovasi di rantau ini,” katanya.

Menurut SMD, Program Mastery Semikonduktor selama enam bulan itu pada asalnya dibangunkan sebagai inisiatif untuk melahirkan bakat tempatan dalam reka bentuk IC analog.

Kini, program yang dikendalikan CENTEXS turut diperluaskan kepada reka bentuk digital dan penyelesaian ujian litar, bidang yang dikenal pasti sebagai keutamaan dalam aspirasi semikonduktor Sarawak.

Inisiatif itu menyokong agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kedua-dua organisasi dalam usaha memajukan masyarakat, menyokong pembangunan mampan serta membentuk rantaian bakat lestari bagi industri semikonduktor global. – Bernama

Continue Reading

Previous: Latihan bahasa dan etika untuk pemandu teksi menjelang TMM 2026 – Loke
Next: Toh Puan Fauziah mengiringi Raja Permaisuri Agong berlepas pulang dari Lapangan Terbang Labuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.