Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • CENTEXS Lundu, institusi TVET pertama di negara ini tawar kursus E-Sukan
  • SEMASA

CENTEXS Lundu, institusi TVET pertama di negara ini tawar kursus E-Sukan

Utusan Sarawak 8 months ago

SIMBOLIK.... Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Inisiatif TVET yang berlangsung di CENTEXS Cawangan Lundu hari ini. Foto UKAS

LUNDU: Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Cawangan Lundu melakar sejarah tersendiri apabila menjadi institusi Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal (TVET) pertama di Malaysia menawarkan kursus sukan elektronik atau E-Sukan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkembangan E-Sukan di negara ini semakin pesat yang tidak lagi dianggap sebagai hiburan dan permainan masa lapang.

Katanya, ia dibuktikan dengan kejayaan pasukan negara yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai lebih RM4 juta dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada CENTEXS Cawangan Lundu kerana setakat ini, belum ada di mana-mana institusi TVET seluruh negara selain di Sarawak yang ada mengajar ‘E-Sukan’. 

“Saya harap melalui langkah ini, kita dapat menghantar lebih ramai lagi peserta ‘E-Sukan’ dari Malaysia ke pertandingan peringkat dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Inisiatif TVET yang berlangsung di CENTEXS Cawangan Lundu di sini hari ini.

Selain mengambil bahagian dalam pertandingan bertaraf dunia, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata aliran E-Sukan turut mewujudkan industri penghasilan kandungan kreatif berkaitan jenis permainan. 

“E-Sukan bukan hanya setakat penyertaan dalam pertandingan sahaja, tetapi ia dapat mewujudkan satu industri iaitu industri kandungan sukan itu sendiri. 

“Kita mampu untuk melahirkan dan mewujudkan ramai anak-anak lepasan TVET untuk berada di peringkat dunia melalui konten ‘e-sport’ mengikut versi Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid juga turut melancarkan Hab Latihan dan Akademi Pensijilan ‘e-sport’. 

Selain itu katanya, TVET kini bukan hanya dipandang sebagai pendidikan kelas kedua.

”TVET adalah faktor penting yang dapat memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan globalisasi, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.

”Selain itu, jumlah kemasukan pelajar kini mencecah lebih 408,000 pada 2023 di pelbagai institusi pendidikan menunjukkan masyarakat menerima pendidikan TVET,” katanya.

Continue Reading

Previous: Rangkaian pusat kanser diperluas – Fadillah
Next: KKDW perkasa tekno usahawan dalam Belanjawan 2025 – Ahmad Zahid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.