Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • CENTEXS Lawas manfaatkan Utara Sarawak, Selatan Sabah
  • TEMPATAN

CENTEXS Lawas manfaatkan Utara Sarawak, Selatan Sabah

Utusan Sarawak 5 years ago
PENDIDIKAN KEMAHIRAN… Awang Tengah, Naroden dan Ir Ahmad Denney menunjukkan gambaran CENTEXS Lawas yang dilaksana pembinaannya oleh Empire Setia Sdn. Bhd.

LAWAS: Masyarakat perlu melihat perkembangan teknologi digital dan sektor perindustrian sebagai satu hala tuju baharu ke arah menjadikan Sarawak negeri termaju menjelang tahun 2030.

Sehubungan itu, pendidikan berasaskan kemahiran dan celik digital adalah landasan untuk mereka menerokai alam pekerjaan baharu yang lebih mendatangkan pendapatan lumayan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak peka dengan perkembangan ini dan telah menyediakan asas untuk mengukuhkan sumber modal insan tempatan yang berjaya.

Sehubungan itu, pembinaan CENTEXS (Pusat Kecemerlangan Teknikal) telah dibina di Lawas di bawah Yayasan Sarawak dengan kos lebih RM31 juta.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Menteri Pembangunan Usahawan Sarawak menyatakan demikian kepada media selepas melawat tapak pembinaan CENTEXS Lawas di Banting yang dilaksanakan oleh Syarikat Empire Setia Sdn. Bhd baru-baru ini.

Seterusnya beliau gembira dengan tahap pencapaian dalam kerja pembinaan dan berharap dapat disiapkan mengikut jadual iaitu 20 bulan.
CENTEXS Lawas juga akan diperluaskan mengikut bidang kursus yang bersesuaian dengan kehendak industri semasa dan akan datang.

Ini melibatkan kursus berasaskan industri minyak, gas dan industri berat lainnya.

Bagi fasa pertama, CENTEXS Lawas merangkumi dua blok bangunan untuk bengkel, pentadbiran dan dewan makan.

Sementara itu tiga lagi bangunan untuk hostel pelajar lelaki dan perempuan dan kemudahan lainnya.

Komponen kedua dalam Fasa 2 melibatkan pembinaan komplek sukan, dewan serba guna dan blok tambahan untuk pelajar.

Awang Tengah menegaskan, CENTEXS Lawas ini adalah untuk pelajar daripada seluruh utara Sarawak dan Selatan Sabah.

Ini bagi memudahkan mereka mendapat latihan di kawasan yang berhampiran berbanding terpaksa pergi ke Kuching dan Semenanjung untuk belajar bidang kemahiran yang mana melibatkan kos besar.

Beliau juga mensasarkan CENTEXS ini mampu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan diisi oleh anak Sarawak sendiri.

Turut sama dalam lawatan kerja berkenaan Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Mohd Naroden Majais, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Datuk Safri Datuk Abdillah dari Empire Setia Sdn. Bhd.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Pastikan Bukit Begunan kekal milik GPS
Next: KODELT umum dividen 10 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.