Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • CENTEXS Lawas hadiah bermakna untuk generasi muda utara Sarawak – Awang Tengah
  • PENDIDIKAN

CENTEXS Lawas hadiah bermakna untuk generasi muda utara Sarawak – Awang Tengah

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto Facebook Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR).

LAWAS: Penubuhan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Lawas disifatkan sebagai hadiah besar dan berharga buat rakyat di bahagian utara negeri, khususnya golongan belia, dalam mempersiapkan diri menghadapi arus perubahan teknologi global.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kewujudan kampus baharu itu membuka peluang luas kepada generasi muda untuk menimba ilmu, memperkasakan kemahiran teknikal serta meningkatkan daya saing dalam bidang teknologi baharu.

“CENTEXS Lawas adalah hadiah paling bermakna buat rakyat di utara Sarawak. Ia bukan sekadar kampus, tetapi platform strategik untuk anak muda kita bersedia menyambut cabaran dunia yang pesat berubah,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian CENTEXS Lawas hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri barisan pemimpin kerajaan termasuk Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, serta Pengerusi CENTEXS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan menegaskan, ekonomi dunia kini didorong oleh inovasi dan teknologi canggih, menjadikan kemahiran teknikal sebagai keperluan utama.

“Pembangunan dan struktur ekonomi berubah begitu cepat di seluruh dunia. Jika kita tidak meningkatkan kemahiran, kita akan ketinggalan dalam merebut peluang ekonomi baharu seperti teknologi hijau, karbon, hidrogen, dan ekonomi digital,” jelasnya.

Menurut beliau, Sarawak kini giat memperkukuh pelbagai sektor seperti pembuatan, semikonduktor, agro angkasa dan bidang teknologi tinggi, sejajar dengan transformasi ekonomi global yang semakin kompleks.

Dalam usaha memastikan tiada golongan muda tercicir, kerajaan negeri turut menekankan aspek pendidikan sebagai tunjang pembangunan modal insan.

“Kita juga telah menubuhkan sekolah antarabangsa dan akan menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar cemerlang yang melanjutkan pengajian di universiti milik Sarawak,” tambahnya.

Penubuhan CENTEXS Lawas dilihat sebagai simbol komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pembelajaran dan latihan berkualiti tinggi, sekali gus mencorak masa depan Sarawak yang lebih berdaya saing dan inovatif.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Karnival STEM@Mukah 2025 cungkil bakat muda ke arah Revolusi Industri 4.0
Next: CENTEXS Lawas jadi pemangkin masa depan teknologi, modal insan utara Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.