Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • CENTEXS jalin kolaborasi mantapkan penyediaan kemahiran
  • BISNES

CENTEXS jalin kolaborasi mantapkan penyediaan kemahiran

Utusan Sarawak 4 years ago
PERASMIAN… Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memukul beduk untuk merasmikan Surau CENTEXS Mukah sempena dengan pelancarannya (CENTEXS ) pada Sabtu lalu.

MUKAH: CENTEXS Mukah telah menjalinkan kolaborasi dengan beberapa entiti dalam negara dan antarabangsa.

Entiti tersebut ialah Schlumberger WTA (M) Sdn Bhd, The Welding Institute (TWI) Services Sdn Bhd, International Institute of Plantation Management(IIPM), Institute Society of Plantation(ISP) dan Regional Corridor Development Authority (RECODA).

Pertukaran Perjanjian(Exchange of Agreement) secara fisikal dan secara virtual(alam maya) berkenaan telah diadakan sempena dengan pelancarannya(CENTEXS ) pada hari Sabtu.

CENTEXS diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman bertukar pejanjian  secara virtual dengan Pengarah Urusan Schlumber East Asia Mohsin Al Hadhrami,  dengan Pengurus Wilayah TWI Erni Moskini dan Pengarah Eksekutif IIPM Halid Hasbullah.

Dan seterusnya, secara fisikal dengan  Pengerusi ISP South Sarawak Abdul Kadir Mahasir dan akhir sekali dengan Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni.

Pertukaran perjanjian tersebut telah disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dan tetamu lain yang menghadiri majlis bersejarah itu.

Kolaborasi tersebut dengan sendirinya  telah meletakan pusat bernilai RM100 juta ini di tahap yang cukup membanggakan dan amat positif dalam usaha  menyediakan keperluan latihan kemahiran berteknologi kepada  komuniti setempat,   Sarawak termasuk dari luar.

Pada majlis yang sama, Ketua Menteri juga melancarkan dua akademi  di CENTEX Mukah iaitu Oil & Gas Academy dan Palm & Agriculture Academy.

Objektif penubuhan akademi berkenaan adalah untuk menyediakan lebih peluang pekerjaan di Sarawak dan juga membangun bidang pertanian serta menggalakan pertanian terarah(precision farming) untuk mengurang kos tenaga kerja.

Antara yang hadir ialah Menteri Pendidikan,  Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dato Sri Michael Manyin Jawong,  Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri –Menteri Muda, Pengerusi CENTEXS Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani,  Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir dan wakil-wakil rakyat.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: IHPR pengeluaran tempatan naik 11.7 peratus
Next: SAMIN mohon sokongan demi pertumbuhan ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.