Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cek MRP RM3.1 juta diagihkan kepada 160 penerima
  • Selatan
  • WILAYAH

Cek MRP RM3.1 juta diagihkan kepada 160 penerima

Utusan Sarawak 5 months ago
KENANGAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakam gambar kenangan bersama yang lain ketika majlis penyampaian MRP bagi kawasan ADUN Asajaya di Dewan Suarah Kota Samarahan, hari ini. 

SAMARAHAN: Sebanyak 160 penerima daripada pelbagai badan dan organisasi di kawasan Asajaya menerima cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3.1 juta.

Majlis penyampaian cek tersebut disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Dewan Suarah Kota Samarahan, hari ini.

Menurut Abdul Karim, peruntukan ini bertujuan membantu sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan bukan kerajaan (NGO), rumah ibadat, Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK), dan kelab-kelab sukan untuk melaksanakan program dan aktiviti pembangunan komuniti.

“Peruntukan MRP ini diagihkan kepada pelbagai badan untuk memastikan aktiviti mereka dapat dijalankan dengan lancar.

“Jumlah yang diagihkan pada hari ini adalah sebanyak RM3.1 juta. Ada penerima yang menerima jumlah besar, dan ada yang menerima jumlah kecil.

“Namun, sejak kali pertama saya menjadi wakil rakyat hingga kini, keutamaan saya sentiasa diberikan kepada sekolah-sekolah. Pendidikan adalah asas pembangunan insan dan melahirkan generasi pemimpin masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tersebut di sini, hari ini.

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu turut menjelaskan bahawa kelab-kelab sukan dan NGO turut menerima peruntukan untuk menganjurkan aktiviti yang dapat memupuk disiplin, kesihatan, serta mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat.

“Sukan bukan hanya meningkatkan kesihatan, tetapi juga memupuk semangat jati diri dan hubungan baik antara penduduk kampung,” katanya.

Tambah Abdul Karim, beliau turut mengingatkan penerima peruntukan supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah dan menyediakan laporan penggunaan dana.

“Penerima perlu memastikan peruntukan digunakan dengan baik serta menyediakan laporan kepada pejabat daerah atau pusat khidmat bagi tujuan pemantauan.

“Ini penting untuk memastikan ketelusan dalam pengurusan dana,” katanya.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 50 warga SK Nanga Budu terjejas akibat banjir kilat  
Next: Duo 2 Festival di Beladin meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.