Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cef Zhenjiang tampil bawa mi terbaik China ke Festival Makanan Kuching 2025
  • TEMPATAN

Cef Zhenjiang tampil bawa mi terbaik China ke Festival Makanan Kuching 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bersama barisan cef dari Zhenjiang, Wilayah Jiangsu, China yang dijemput khas di Festival Makanan Kuching 2025.

KUCHING: Festival Makanan Kuching 2025 terus diserikan dengan penyertaan istimewa delegasi cef dari Zhenjiang, Wilayah Jiangsu, China yang dijemput khas oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng.

Barisan cef ini mempersembahkan salah satu mi terbaik China yang dikenali sebagai Zhenjiang Pot Cover Noodles atau Zhenjiang Guo Gai Mian (镇江锅盖面), yang turut tersenarai dalam kelompok 10 mi terbaik di negara itu.

Menurut Dato Wee, kolaborasi seumpama ini bukan sahaja memperkenalkan keunikan cita rasa luar kepada masyarakat tempatan, malah memperkukuh hubungan diplomasi rakyat melalui platform makanan.

“Selain meraikan keunikan makanan tempatan dan kreativiti peniaga kita, kehadiran rakan dari bandar persahabatan seperti Zhenjiang memberi peluang kepada masyarakat Kuching untuk mengenali budaya makanan mereka.

“Baru-baru ini, satu kumpulan tarian dari Kuching telah membuat persembahan di Zhenjiang, dan kini giliran kita menerima kunjungan mereka,” katanya ketika ditemui media selepas mengunjungi gerai cef Zhenjiang.

PRODUK mi dari dari Zhenjiang, Wilayah Jiangsu, China yang disajikan kepada pengunjung Festival Makanan Kuching 2025.

Penyertaan ini merupakan hasil hubungan persahabatan antara Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan bandar Zhenjiang yang terjalin melalui jalinan Bandar Persahabatan (Friendship City).

Kehadiran delegasi tersebut turut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pertukaran budaya dan kulinari di peringkat antarabangsa.

Mi yang diperkenalkan oleh cef Zhenjiang menampilkan tekstur dan rasa yang berbeza daripada mi kolok Sarawak. 

Mi mereka bertekstur lebih halus dan bersaiz sedikit lebih besar, memberikan pengalaman rasa yang unik kepada pengunjung.

Selain demonstrasi masakan, produk cuka khas dari Zhenjiang turut diperkenalkan. Pelbagai jenis cuka dipamerkan, disesuaikan mengikut hidangan seperti ladu, mi dan makanan tradisional lain.

Menariknya, beberapa produk cuka ini telah mendapat pensijilan halal dan kini dipasarkan ke lebih 80 negara, termasuk Indonesia.

“Kadang-kadang, kita tidak tahu apa yang mereka tawarkan jika kita tidak ke sana atau tidak menjemput mereka ke sini. Melalui platform seperti ini, peluang kerjasama perniagaan turut terbuka,” ujar Dato Wee.

Penyertaan dari Zhenjiang ini adalah sebahagian daripada inisiatif MBKS untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa melalui diplomasi makanan.

Selepas Zhenjiang, delegasi kedua dari Quanzhou, Wilayah Fujian pula dijangka menyertai festival ini dari 7 hingga 10 Ogos.

Tahun ini menyaksikan penyertaan dua bandar persahabatan dalam Festival Makanan Kuching. 

MBKS berharap agar lebih banyak lagi penyertaan antarabangsa dapat dirancang untuk edisi akan datang, sekali gus memperluaskan jaringan diplomasi budaya dan perdagangan.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Luar Dalam Gambaran Emosi
Next: Hari Pahlawan: Tanda penghargaan buat pejuang tanah air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.