Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Cederakan wanita, pemuda didenda RM2,000
  • MAHKAMAH

Cederakan wanita, pemuda didenda RM2,000

Utusan Sarawak 21 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang pemuda dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita.

Tertuduh, Andy Yung Sie Hau, 29, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Romario Jonoi atas pertuduhan menolak dan menekup mulut mangsa sehingga menyebabkan hidung mangsa berdarah.

Kesalahan tersebut dilakukan di tangga aras dua sebuah rumah kedai di Jalan Wong King Huo pada 4 Jun 2025, kira-kira 9.00 malam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, ketika mangsa sedang menaiki tangga menuju ke aras dua rumah kedai tersebut, dia diekori oleh seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang.

Setelah tiba di aras dua, lelaki berkenaan yang kemudiannya dikenal pasti sebagai tertuduh telah menyoal nama mangsa.

Setelah mangsa menjawab, tertuduh bertindak menekup mulut dan hidung mangsa dengan tangan yang dibalut kain.

Mangsa cuba melawan dan menjerit meminta bantuan, menyebabkan tertuduh melarikan diri.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada hidung, kaki, lutut dan belakang badan.

Bertindak atas laporan polis yang dibuat, pihak berkuasa menahan tertuduh di tepi Jalan Laichee pada 10 Jun 2025, kira-kira 12.00 tengah hari.

Pihak polis turut merampas beberapa barangan sebagai bahan bukti, termasuk sebuah telefon bimbit iPhone 12, sehelai baju putih, seluar pendek biru, sepasang selipar coklat jenama Adidas, dan penutup mulut berwarna biru.

Tertuduh dibebaskan selepas menjelaskan denda yang dikenakan oleh mahkamah.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Yusoff Rawther bebas tuduhan edar dadah, miliki pistol tiruan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.