
KUCHING: Seorang lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan kecederaan menggunakan topi keledar dalam satu kejadian di hadapan Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jalan Bukit Mata di sini, pada 19 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku sekitar 10.50 pagi apabila suspek dipercayai bertindak agresif terhadap mangsa susulan pertengkaran mulut.
Mangsa, seorang wanita tempatan berusia sekitar 42 tahun, mengalami kecederaan akibat serangan tersebut dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Menurut kenyataan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.
Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang awam supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan menggunakan kekerasan fizikal, sebaliknya menyerahkan sebarang pertikaian kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Oleh Shikin Mahmud