Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Cederakan pemuda guna batang besi, dua adik-beradik didenda RM2,000
  • MAHKAMAH

Cederakan pemuda guna batang besi, dua adik-beradik didenda RM2,000

Utusan Sarawak 2 days ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Dua adik-beradik masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan pemuda di rumah sekitar Lorong Tong Sang, baru-baru ini.

Majistret Romario Jonoi menjatuhkan hukuman itu setelah mendengar serta menerima pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh yang dikenali sebagai Royllend Safri, 36, dan Leo Safri, 33.

Terdahulu, kedua-dua mereka didakwa bersama mendatangkan kesakitan badan kepada pemuda berusia 24 tahun pada 31 Ogos 2025, kira-kira 6.00 petang di perkarangan rumah Lorong Tong Sang.

Sehubungan itu, mereka telah mendatangkan kecederaan terhadap mangsa yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 319 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 323 kanun yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu telah menghubungi adiknya iaitu mangsa yang tidak pulang ke rumah.

Mangsa kemudian memaklumkan kepada pengadu yang dirinya telah diserang oleh dua orang lelaki menggunakan batang besi, sehingga mengalami kecederaan di dahi kanan.

Mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan dan pengadu telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pada 1 September 2025, kira-kira 2.30 petang, pihak polis telah menahan lelaki di Lorong Tong Sang, diikuti seorang lagi di Lorong Tiong Hua, kira-kira 2.50 petang pada hari sama.

Siasatan yang dilakukan mendapati mangsa telah dicederakan oleh kedua-dua tertuduh pada 31 Ogos lalu, kira-kira 6.00 petang di rumah sekitar Lorong Tong Sang.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haris Danial Mohamed Hassan sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Isu kucing jadi punca, empat lelaki didenda kerana rosakkan kereta jiran di Sibu
Next: Inkues Zara Qairina: Biar mahkamah tentukan sama ada bunuh diri atau sebaliknya – Saksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.