KUCHING: Pemasangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tumpuan ramai menjadi ‘mata’ pihak berkuasa untuk mengekang jenayah.
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, projek perintis itu dimulakan dengan pemasangan CCTV di Lebuh India, Jalan Courthouse dan jalan penghubung Courthouse ke Plaza Merdeka.
“Sebanyak 26 kamera CCTV dipasang di pelbagai kawasan lokasi berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran CCTV untuk Lebuh India, Jalan Courthouse & Courthouse Connecter di The Waterfront Hotel semalam.
Menurutnya Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) melaksanakan projek itu dengan usahasama Jawatankuasa Jalan Pedestrian India.
“Selepas ini kita juga akan memasang di sekitar kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU),” katanya kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan adalah lokasi bermulanya projek itu.
Sementara Pengurus Besar SMA, Dr. Zaidi Razak mendedahkan bagi peringkat permulaan rangkaian CCT V itu akan dipantau oleh pihak Plaza Merdeka dengan kerjasama SMA sementara Pusat Operasi Bersepadu Sarawak (SIOC) belum siap sepenuhnya berikutan tertangguh oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal tahun ini.
“SIOC dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada suku pertama tahun 2021,” jelasnya SMA kini dalam tahap akhir spesifikasi dengan perunding dan seterusnya akan memasuki fasa perolehan dan tender kewangan yang akan datang.
Setelah siap SIOC nanti Dr Zaidi memberi jaminan pengawasan CCTV tidak tertakhluk kepada keselamatan semata malah ia akan akan dipertimbangkan untuk memperbaiki sistem dari segi pemprosesan gambar dan teknologi canggih.