Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • CCBW 2025 kembali gegar Kuching Julai ini
  • SEMASA

CCBW 2025 kembali gegar Kuching Julai ini

Utusan Sarawak 2 days ago
CAT City Bike Week 2025 (CCBW 2025).

KUCHING: Cat City Motorsport Club akan menganjurkan Cat City Bike Week 2025 (CCBW 2025) pada 25 hingga 27 Julai 2025 bertempat di Kawasan Parkir Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching.

Menurut Pengerusi CCBW 2025, Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki, yang juga Penasihat Cat City Motorsport Club, acara ini bakal menghimpunkan ribuan penunggang motosikal kembara dan lasak dari pelbagai kategori – daripada motosikal berkuasa tinggi hingga motosikal berkapasiti kecil (cc biasa).

PENGERUSI CCBW 2025 yang juga Penasihat Cat City Motorsport Club, Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki.

“Peserta yang bakal menyertai program ini bukan sahaja dari Sarawak, malah turut melibatkan penunggang dari Sabah, Labuan, Brunei, Kalimantan Indonesia dan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Menariknya, penganjuran edisi kali ini bakal menampilkan kelainan dan pembaharuan, sekali gus memperkukuh kedudukan CCBW sebagai salah satu acara permotoran terbesar di Borneo.

“CCBW 2025 akan menampilkan penglibatan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak. Baru-baru ini kami telah melakukan kunjungan hormat ke atas dua agensi ini dan menerima maklum balas yang sangat positif,” ujar Nasaruddin.

Tambah beliau, penglibatan agensi ini bukan sahaja memperlihatkan keterbukaan mereka dalam mendekati komuniti bikers, malah memberi peluang kepada para peserta untuk lebih memahami fungsi serta peranan agensi-agensi keselamatan tersebut.

“Antara pengisian yang dirancang termasuk kaunter bergerak, pameran, taklimat dan demonstrasi khas oleh PDRM dan JBPM. Kehadiran mereka akan menyerikan lagi program dan dalam masa yang sama memberikan manfaat kepada semua yang hadir,” katanya lagi.

KUNJUNGAN JBPM… Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Jamri Masran menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa CCBW 2025 yang diketuai oleh Penasihat Cat City Motorsport Club Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki. Foto HaslanMy

Menariknya, ini merupakan tahun kedua penganjuran CCBW, selepas edisi sulung pada 2024 dianjurkan di bawah Zafica Utama Sdn Bhd.

Untuk tahun ini, penganjuran CCBW 2025 dikendalikan sepenuhnya oleh Cat City Motorsport Club, sebuah kelab yang baharu ditubuhkan di bawah naungan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

KUNJUNGAN PDRM… Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa CCBW 2025 yang diketuai oleh Penasihat Cat City Motorsport Club Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki. Foto HaslanMy

Nasaruddin berkata, penubuhan kelab ini adalah langkah strategik untuk memastikan CCBW terus berkembang dan lebih mantap dari segi pelaksanaan dan impak.

“Tahun lepas kita dah nampak sambutan yang sangat luar biasa. Jadi tahun ni, dengan adanya sokongan rasmi dari kementerian, kita boleh rancang dengan lebih tersusun dan bawa CCBW ke tahap lebih tinggi,” katanya.

KUNJUNGAN RESIDEN KUCHING… Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa CCBW 2025 yang diketuai oleh Penasihat Cat City Motorsport Club Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki. Foto HaslanMy

Cat City Bike Week merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan penggemar dunia permotoran, bukan sahaja untuk menjalin hubungan sesama riders, tetapi juga sebagai platform mempromosikan keselamatan jalan raya dan budaya bermotosikal secara berhemah.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gawai Dayak kukuhkan perpaduan komuniti Rumah Kechendai
Next: Majlis Rumah Terbuka Gawai 2025, serlah keunikan budaya Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.