Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Cathilyenn dikesan di London
  • JENAYAH

Cathilyenn dikesan di London

Utusan Sarawak 2 days ago
REMAJA DIKESAN… Cathilyenn Santa Liong Siu Zhen 24, dikesan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Londan berdasarkan Kamera Litar Tertutup (CCTV) pada  Sabtu lepas. 


LIMBANG: Polis mengesahkan telah mengesan lokasi terkini seorang pelajar kolej swasta yang sebelum ini gagal dihubungi oleh keluarganya sejak Sabtu lalu dan kini disahkan berada di London.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot berkata, pelajar terbabit, Cathilyenn Santa Liong Siu Zhen, 24, dikesan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian.

“Ya kita sahkan Cathilyenn kini sedang berada di London, selepas kelibatnya dilihat melalui CCTV di KLIA sebelum terbang ke London.

“Kita sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di London untuk mendapatkan maklumat bagi mengesan Cathilyenn,” katanya kepada media hari ini.

Bagaimanapun Parum berkata pihaknya masih belum mengesahkan keberadaan seorang lagi rakan lelakinya Muhamad Izzat Asnawai, 21, yang dikatakan pergi ke Kuala Lumpur bersama Cathilyenn.

Parum turut menasihati golongan muda agar sentiasa berhati-hati dengan tawaran kerja di luar negara yang menawar gaji lumayan.

“Sentiasa merujuk dahulu dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Tenaga Kerja tentang kesahihan ejen pekerjaan,” katanya lagi.

Terdahulu ahli keluarga Cathilyenn dan Izzat melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan anak mereka yang dipercayai ‘terbang’ ke luar negara sejak Sabtu lepas.

Keluarga masing-masing memohon bantuan pelbagai pihak demi keselamatan anaknya selain meminta anaknya pulang kepangkuan mereka dengan selamat.

Sebelum ini kehilangan Izzat dan rakan wanitanya tular dalam media sosial selepas keluarga mereka memohon bantuan bagi mengesan kehilanga mereka.

Kedua-dua mereka kali terakhir dikesan berada di kawasan Horizon Suites, Selangor Sabtu lepas dan tidak dapat dihubungi sejak 10.00 malam pada hari yang sama.

Dua laporan polis telah dibuat terhadap kehilangan mereka.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis rungkai cubaan seludup dadah RM380,000 di Miri
Next: Remaja hilang selepas merajuk dengan nenek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.