Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Catherine O’Hara, pelakon watak ibu Kevin dalam “Home Alone”, meninggal dunia
  • HIBURAN

Catherine O’Hara, pelakon watak ibu Kevin dalam “Home Alone”, meninggal dunia

Utusan Sarawak 3 hours ago
Catherine O’Hara , yang memegang watak sebagai ibu kepada Kevin dalam filem komedi popular “Home Alone”.

LOS ANGELES (California): Pelakon kelahiran Kanada, Catherine O’Hara, yang memegang watak sebagai ibu kepada Kevin dalam filem komedi popular “Home Alone”, meninggal dunia pada Jumaat, menurut pengurusannya lapor agensi berita Jerman (dpa).

O’Hara, 71, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Los Angeles selepas menderita “sakit dalam tempoh singkat,” menurut kenyataan pihak pengurusan beliau.

Bintang Kanada itu telah membintangi banyak filem komedi, termasuk memegang watak sebagai Delia Deetz dalam filem “Beetlejuice” (1988) serta filem susulannya, “Beetlejuice Beetlejuice” (2024).

Dalam filem pecah panggung Hollywood “Home Alone” yang melonjakkan nama Macaulay Culkin sebagai bintang kanak-kanak, beliau membawakan watak ibu kepada watak utama yang secara tidak sengaja ditinggalkan sendirian di rumah oleh ibu bapanya semasa cuti Krismas.

Selain itu, O’Hara turut menyerlah bersama pelakon senegara, Eugene Levy menerusi sitkom “Schitt’s Creek” yang mengisahkan pasangan kaya yang jatuh muflis dan terpaksa berpindah dari kediaman mewah ke sebuah motel di pekan kecil Schitt’s Creek.

Keberkesanan lakonannya sebagai isteri Levy dalam siri pemenang anugerah itu melayakkan beliau merangkul anugerah Emmy dan Golden Globe.

Penampilan terbaharu O’Hara adalah menerusi siri komedi “The Studio” bersama Seth Rogen.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Ziarah Seni MADANI Finas, santuni Shamsul Ghau Ghau
Next: The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia – Teo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.