Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cathay Hong Kong batalkan penerbangan, 11 cedera
  • GLOBAL

Cathay Hong Kong batalkan penerbangan, 11 cedera

Utusan Sarawak 2 years ago
Pesawat CX880 Cathay Pacific yang dalam perjalanan ke Los Angeles membatalkan prosedur berlepas susulan gangguan isyarat, kira-kira 00.20 pagi waktu tempatan menyebabkan 11 penumpang cedera semasa pemindahan kecemasan.

HONG KONG: Sebuah pesawat Cathay Pacific membatalkan prosedur berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong akibat gangguan isyarat pada awal pagi Sabtu, menyebabkan 11 penumpang cedera semasa pemindahan kecemasan.

Menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong (HKAA), kira-kira 00.20 pagi waktu tempatan, pesawat CX880 Cathay Pacific yang dalam perjalanan ke Los Angeles membatalkan prosedur berlepas susulan gangguan isyarat, lapor Xinhua. Tangga kecemasan segera dibuka untuk tujuan pemindahan.

HKAA memaklumkan terdapat 17 anak kapal dan 293 penumpang di dalam pesawat itu. Mereka yang cedera telah dihantar ke hospital, dan sembilan daripada mereka telah dibenarkan keluar.

Polis berkata, tayar pesawat itu dipercayai pecah dan orang ramai cedera ketika pemindahan.

Cathay memohon maaf dan memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan itu. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Poseidon, dron bawah air tanpa pemandu Rusia mulakan ujian pertama
Next: Kanada, AS siasat insiden kapal selam Titan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.