SIBU: Program MTIB UTS TANGGAM Fest: Borneo Chapter 2024 – Pesta Nengkebang Kayu bermaksud Pesta Kayu, menonjolkan...
Tengah
SIBU: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau telah mengagihkan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada 30...
SIBU: Persimpangan lampu isyarat di CH6+750 (Sibu Jaya) kini telah beroperasi dan dibuka kepada orang awam.Jabatan Kerja...
SIBU: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) menasihati para peniaga dan pembeli agar memahami hak pengguna ketika urusan...
ROBAN: Penduduk Rumah Panjang Sait Jelupang Baroh Roban menerima hadiah yang cukup bermakna bagi sambutan Krismas tahun...
SIBU: Sambutan Hari Krismas adalah meraikan peristiwa penuh bermakna dan keberkatan, iaitu kelahiran Tuhan Yesus Kristus. Menteri...
SELANGAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau terus giat menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir sekitar persisiran...
BINTANGOR: Jalan dari simpang masuk ke pintu gerbang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Mador akan dinaik taraf menerusi projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. Katanya, turut akan dinaik taraf pada tahun depan adalah tempat letak kereta serta bekalan elektrik dewan sekolah tersebut. “Ketiga-tiga projek untuk sekolah ini akan dilaksanakan menerusi RTP 2025. “Apabila siapnya projek-projek ini, ia akan memberi keselesaan pesekitaran serta sesi pengajaran dan pembelajaran untuk warga SK Sungai Mador,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Segulai Sejalai 2024 SK Sungai Mador, baru-baru ini. Malah, beliau turut mengumumkan akan menyalurkan geran khas bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Mador untuk menjalankan aktiviti tahunan 2025. Turut hadir Guru Besar SK Sungai Mador Fathi Tar; Pengerusi PIBG SK Sungai Mador Sylvester Empaling; Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong DSP Sekam Anoi dan Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong, Tuai Rumah Kinchu Ajan. Oleh EARL ANEK
LINGGA: Program Jelajah Gawai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga akan diteruskan pada 2025. Ahli Dewan...
SIBU: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan musim cuti sekolah khususnya sepanjang musim Monsun...
BINTANGOR: Prestasi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong telah menunjukkan pencapaian...
BINTANGOR: Seramai 200 murid, 25 guru dan lapan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine (M) menyertai Program Latihan Kebakaran dan Pertolongan Cemas 2024. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, pihaknya mengendalikan ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api sempena program anjuran sekolah tersebut, kelmarin. “Program bermula dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. “Sepasukan bomba hadir bagi mengendalikan ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api,” katanya. Tambahnya, antara pengisian aktiviti yang turut dijalankan adalah latihan pengungsian bangunan. “Para peserta juga turut berpeluang belajar cara mengendalikan alat pemadam api. “Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. Oleh EARL ANEK