Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Carrick mahu United bina masa depan sekitar ‘kualiti’ Mainoo
  • SUKAN

Carrick mahu United bina masa depan sekitar ‘kualiti’ Mainoo

Utusan Sarawak 6 hours ago

Manchester United menewaskan Manchester City dengan bergaya dalam perlawanan pertama Michael Carrick sebagai pengurus sementara. - Foto AFP

MANCHESTER: Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick percaya Kobbie Mainoo memiliki kualiti dan karakter untuk menjadi tonggak utama kelab itu, selepas melalui tempoh sukar di bawah kendalian Ruben Amorim.

Mainoo diberi kepercayaan untuk memulakan aksi buat kali pertama dalam Liga Perdana Inggeris musim ini pada perlawanan sulung Carrick sebagai pengurus sementara, ketika United menewaskan seteru setempat Manchester City 2-0.

Pemain tengah berusia 20 tahun itu mencuri tumpuan pada musim 2023/24 di bawah Erik ten Hag, termasuk menjaringkan gol ketika United menewaskan City pada final Piala FA serta memainkan peranan penting dalam kemaraan England ke final Euro 2024.

Kobbie Mainoo 

Namun, peluang beraksi Mainoo terhad sepanjang 14 bulan pemerintahan Amorim, apabila jurulatih Portugal itu berdepan kritikan kerana enggan menurunkan Mainoo bersama kapten pasukan, Bruno Fernandes.

“Kelab ini memerlukan pemain muda yang naik dari akar umbi dan menjadi asas kepada identiti kelab, bukan sahaja untuk pasukan tetapi juga penyokong,” kata Carrick pada sidang media pra-perlawanan menjelang kunjungan ke Arsenal, pendahulu liga, awal pagi Isnin ini.

“Kita perlu memahami perkara itu dan terus membinanya. Kobbie adalah contoh terbaik. Dia naik dengan begitu pantas, bermain dalam perlawanan besar dan memberi impak pada usia yang sangat muda. Itu menunjukkan kualiti dan kekuatan karakter yang tinggi.

“Dalam karier, pasti ada turun naik. Tetapi kita dapat lihat minggu lalu apa yang mampu disumbangkannya.”

Kemenangan ke atas City melonjakkan United di tangga kelima liga, hanya satu mata di belakang kelompok empat teratas. 

Suasana di Old Trafford turut berubah positif hasil persembahan meyakinkan itu, dan Carrick berharap ia menjadi asas kukuh untuk mengakhiri musim dengan baik ketika United memburu slot Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun.

“Ia kemenangan besar dengan persembahan yang memberi lonjakan keyakinan di dalam stadium,” tambah Carrick.

“Kita perlu seimbangkan keyakinan itu dengan kekal merendah diri. Satu perlawanan tidak menjadikan anda pasukan hebat, tetapi ia memberi asas yang baik untuk dibina.” – AFP

Continue Reading

Previous: Slot yakin prestasi pemain baharu Liverpool semakin meningkat
Next: APG 2025: Bonnie raih emas, kongsi pentas dengan abang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.