Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Capai sasaran ditetapkan oleh kerajaan
  • TEMPATAN

Capai sasaran ditetapkan oleh kerajaan

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYAMPAIAN HADIAH… Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Minggu Sains 2020 daripada SMK Green Road sambil disaksikan oleh tetamu jemputan.

KUCHING: Negeri Sarawak masih ketinggalan jauh dalam mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan untuk memastikan pelajar mengambil jurusan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak.

Menurut Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, Sarawak masih ketinggalan jauh dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya, semua sekolah di setiap Malaysia disarankan untuk mencapai 60 peratus pelajarnya untuk mengambil jurusan berkenaan.

“Setakat ini Sarawak hanya mencapai 25 peratus pelajar yang mengambil jurusan berkenaan dan sekarang kita masih ketinggalan jauh.

“Keadaan ini amat membimbangkan kita dan sesuatu perlu dilakukan dan jika ianya berterusan kita kemungkinan kehilangan pakar dalam bidang STEM.”Katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis Penutupan Festival Sains Sarawak Sempena Minggu Sains Negara (MSN) tahun 2020 di Bangunan Chemsain, Kuching, semalam.

Tambah Michael Manyin Jawong, salah satu langkah yang diambil untuk memupuk minat di kalangan pelajar untuk meminati mata pelajaran sains dan matematik adalah dengan mengadakan minggu sains.

“Dengan adanya program seperti ini ia secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran dan secara tidak langsung akan memberi pendedahan kepada masyarakat malah ibu bapa terhadap kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kehidupan seharian.

“Oleh itu, program seperti ini juga mampu menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar untuk memilih jurusan STEM di negeri ini,” katanya.

Turut hadir, Timbalan ketua setiausaha kementerian sains, teknologi dan inovasi (MOSTI), Datuk Parang Abai@Thomas, Ketua Pengarah Jabatan Kimia, Malaysia, Mohamed Zaini Abdul Rahman, Pengarah Chemsain Konsultant Sdn Bhd, Dr.John Chan Sung Tong dan Ikon STI Minggu Sains Nasional (MSN) 2020 Negeri Sarawak, Profesor Dr.Kasing Apun.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: UNIFOR bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak
Next: UiTM Sarawak perkenal program Pengurusan Mutawwif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.