Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Canton Fair ke-137 labuhkan tirai, catat rekod baharu
  • GLOBAL

Canton Fair ke-137 labuhkan tirai, catat rekod baharu

Utusan Sarawak 3 weeks ago

GUANGZHOU: Ekspo Import dan Eksport China atau lebih dikenali sebagai “Canton Fair” edisi ke-137 yang diadakan secara fizikal melabuhkan tirainya pada Isnin, mencatat rekod baharu dari segi kehadiran pembeli antarabangsa dan pemeteraian nilai keseluruhan kontrak eksport — petunjuk penting kepada momentum pemulihan ekonomi China.

Menurut data, sehingga 4 Mei, jumlah pengunjung yang menyertai ekspo itu meningkat 17.3 peratus berbanding edisi ke-135 pada musim bunga tahun lepas, dengan kehadiran 288,900 orang dari 219 negara dan wilayah, manakala pemeteraian keseluruhan nilai kontrak eksport turut meningkat tiga peratus tahun ke tahun, berjumlah US$25.44 bilion (RM107.67 bilion).

Menurut perangkaan Pusat Perdagangan Luar China, iaitu penganjur “Canton Fair”, pasaran baharu kekal sebagai penyumbang utama kepada kejayaan edisi kali ini, antaranya pembeli dari negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) meningkat sebanyak 17.4 peratus kepada 187,500 orang, mewakili 64.9 peratus keseluruhan.

Jumlah pembeli dari negara-negara BRICS meningkat 24.1 peratus tahun ke tahun kepada 72,400 orang, manakala pembeli dari negara anggota RCEP pula meningkat 6.9 peratus kepada 64,800 orang.

Pada masa sama, terdapat 51,900 pembeli dari Eropah dan Amerika Syarikat, menyaksikan peningkatan sebanyak 3.4 peratus tahun ke tahun.

Lebih 60 peratus kontrak dimeterai melibatkan negara-negara yang berkaitan dalam pelaksanaan BRI, sementara perdagangan dalam pasaran tradisional kekal stabil.

Dalam pada itu, jumlah produk yang dipamerkan dalam ekspo kali ini melebihi 4.55 juta, termasuk 1.02 juta produk baharu, 880,000 produk hijau dan rendah karbon, dan 320,000 produk pintar.

Canton Fair yang dilancarkan pada 1957 dianjurkan dua kali setahun, iaitu pada musim bunga dan musim luruh.

Edisi seterusnya, Canton Fair ke-138 yang terdiri daripada tiga fasa akan diadakan di Guangzhou dari 15 Oktober hingga 4 November.– Bernama-CMG

Continue Reading

Previous: Ketua PBB seru hindari ketegangan konflik India-Pakistan
Next: Coupang lancar aplikasi bahasa Inggeris untuk pengguna asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.