Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Calon GPS tidak leka, ambil mudah
  • TEMPATAN

Calon GPS tidak leka, ambil mudah

Utusan Sarawak 3 years ago
PENYAMPAIAN CEK…Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan replika cek berjumlah RM10,000 kepada penerima bantuan Program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV).

KABONG: Timbalan Ketua Menteri Datuk Awang Tengah Ali Hasan mengingatkan semua calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar tidak leka serta mengambil mudah akan keupayaan lawan dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12).

Kata beliau tidak ada istilah memandang rendah atau pandang remeh cabaran lawan dari parti lain kerana sikap tersebut boleh membawa padah kepada GPS.

“Semua calon ada peluang menang kerana yang memilih adalah rakyat yang memangkah undi. Pengundi akan mengundi ikut kehendak mereka kerana hak mengundi di tangan mereka.

“Jadi peranan calon GPS adalah memastikan rakyat memahami perjuangan GPS serta rakyat perlu diberitahu sejelasnya lambang GPS supaya mereka tahu dan tidak salah pangkah.

“Calon juga perlu menggerakkan jentera parti untuk memberi penerangan tentang GPS dengan apa sahaja pendekatan asalkan patuh kepada SOP dan syarat-syarat yang diberi oleh pihak SPR,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (ii), Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) berkata demikian ketika Majlis Perasmian Kursus Fotografi dan Penyampaian Bantuan Keusahawanan Daerah Kabong di Dewan Terbuka Pantai Tanjung Kembang, baru-baru ini.

Tambah Awang Tengah lagi, kepada yang layak mengundi, keluarlah mengundi pada hari pembuangan undi.

“Rakyat jangan berfikiran bahawa GPS akan menang, jadi tak perlulah nak turun ngundi.

“Ada orang lain akan turun mengundi. Sikap begini akan menyebabkan GPS akan kekurangan undi. Sebab apa, yang dihitung bukan banyaknya suara yang berteriak menyokong tetapi yang dikira adalah jumlah kertas undi yang berpangkah.

“Jadi tolong ingat betul-betul, keluarlah mengundi pada hari pengundian 18 Disember dan berilah undi kepada calon GPS supaya pembangunan untuk rakyat akan dapat diteruskan dan manfaat pembangunan akan terus dinikmati oleh rakyat semua,” jelasnya.

Awang Tengah turut menyaran penduduk di kawasan DUN N.40 Kabong agar menunaikan tanggungjawab dengan baik masa hari pengundian dan memilih calon yang betul-betul akan membawa pembangunan dan membela hak-hak Sarawak.

Continue Reading

Previous: 101 terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
Next: Status ‘rakan kongsi’ wajar dikembalikan – Rohani

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.