BINTULU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju Dato Majang Renggi turun padang bertemu penduduk di Kampung Penan Muslim Batu 10, Jalan Bintulu-Miri.
Beliau yang juga penyandang kerusi itu turun ke rumah panjang yang berdekatan di kawasan sekitar di sini, semalam.
Beberapa rumah panjang dan kampung tersebut dilawati dengan berpandukan kelulusan permit yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu.
Kerusi DUN Samalaju menyaksikan pertembungan lima penjuru di antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).