Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Cakra Khan janji persembahan terbaik di Festival Muzik Kuching 2026
  • HIBURAN

Cakra Khan janji persembahan terbaik di Festival Muzik Kuching 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
SIDANG MEDIA… Cakra Khan bercakap kepada media pada sidang media di Terminal VVIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi tadi.

KUCHING: Penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan berjanji memberikan persembahan terbaik kepada peminat sempena penampilannya malam esok di Festival Muzik Kuching 2026.

Menurut beliau, setiap persembahan yang diadakan sentiasa dilakukan dengan penuh komitmen bagi memastikan penonton memperoleh pengalaman terbaik.

“Setiap kali saya melakukan persembahan, saya sentiasa memikirkan apa yang terbaik yang boleh saya berikan kepada penonton. Jadi apabila diundang kembali ke Kuching, saya dan pasukan sangat bersyukur, berterima kasih dan tidak sabar untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Terminal VVIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, pagi tadi.

Cakra berkata, kunjungannya ke Kuching kali ini merupakan yang ketiga, namun penampilan dalam Festival Muzik Kuching merupakan yang pertama buat dirinya.

“Biasanya apabila saya datang ke tempat atau acara yang belum pernah saya sertai, saya pasti akan berasa gementar. Walaupun ini kali ketiga saya ke Kuching, untuk festival muzik ini ia adalah pengalaman pertama bagi saya,” katanya.

Menurutnya, beliau bersama pasukannya telah membuat pemilihan lagu dengan teliti selain bakal menampilkan kolaborasi bersama seorang penyanyi tempatan Sarawak.

Mengulas mengenai kejutan khas kepada peminat, Cakra berkata beliau lebih memberi tumpuan kepada kualiti persembahan muzik dan nyanyian berbanding gimik di atas pentas.

“Mungkin saya tidak akan melompat dari atas pentas, tetapi saya akan memberikan persembahan muzik dan nyanyian yang terbaik,” selorohnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi rutin penjagaan vokal yang diamalkan terutama ketika jadual persembahan padat.

“Tidur adalah waktu pemulihan terbaik. Kalau ada masa terluang sedikit pun saya akan tidur,” katanya.

Selain itu, beliau juga mengakui gemar menikmati makanan pedas sebelum membuat persembahan kerana membantu memanaskan badan dan vokalnya.

“Saya suka mi kari dan saya juga disarankan mencuba mi kolok di sini. Biasanya sebelum menyanyi saya perlu makan sesuatu yang sedikit pedas,” katanya.

Mengulas mengenai sokongan peminat, Cakra menzahirkan penghargaan kepada semua yang terus mendengar dan menyokong karya seninya sejak awal pembabitan dalam industri muzik.

“Tanpa peminat yang sentiasa mendengar karya dan menyokong saya, mungkin saya tidak akan terus berkarya sehingga sekarang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa lagu baharu akan dimasukkan dalam senarai persembahan pada malam tersebut, namun enggan mendedahkan jumlah keseluruhan lagu kerana mahu mengekalkan elemen kejutan kepada penonton.

Festival anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini hingga esok dengan kemasukan percuma kepada orang ramai. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jualan makanan dan minuman serta konsep Glamping in the City yang disediakan sepanjang festival berlangsung.

Pada malam ini, peminat akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan OAG dan barisan artis tempatan dan antarabangsa termasuk Cakra Khan, Melissa Francis, Firdaus Materang, Chieng Ng dan Orkestra Prodigy .

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal susulan beberapa penutupan dan lencongan jalan di sekitar Padang Merdeka bermula 7.00 malam hingga tengah malam bagi melancarkan perjalanan acara tersebut.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: OAG gegar Padang Merdeka malam ini
Next: Cakra Khan kenang jasa guru sempena Hari Guru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.