Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Cakra Khan bela 30 kucing jalanan sebagai terapi
  • HIBURAN

Cakra Khan bela 30 kucing jalanan sebagai terapi

Utusan Sarawak 6 hours ago

PENYANYI terkenal Indonesia, Cakra Khan ketika sesi bergambar selepas sidang media sempena Divine Concert-Cakra Khan baru baru ini. Di sebalik vokal padu dan persembahan bertenaga di pentas, penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan memiliki sisi peribadi yang jarang diketahui umum. Sebagai pencinta haiwan, Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 33, sanggup membelanjakan sehingga RM6,000 sebulan untuk menjaga lebih 30 ekor kucing jalanan yang dipeliharanya di kediamannya di Jakarta sejak tiga tahun lepas. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Di sebalik reputasinya sebagai penyanyi terkenal Indonesia dengan kekuatan vokal dan persembahan bertenaga di atas pentas, Cakra Khan memiliki sisi peribadi yang jarang diketahui umum.

Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 33, sangat mencintai haiwan dan sanggup membelanjakan hingga RM6,000 sebulan untuk menjaga lebih 30 ekor kucing jalanan yang dipeliharanya di kediamannya di Jakarta sejak tiga tahun lepas.

Penyanyi bersuara serak basah itu berkata semua kucing berkenaan diselamatkan dari jalanan dan kini menjadi sebahagian daripada terapinya dalam menjalani kehidupan seharian.

PENYANYI terkenal Indonesia, Cakra Khan (kiri) bersama Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim (kanan) ketika sesi sidang media sempena Divine Concert-Cakra Khan baru baru ini. Di sebalik vokal padu dan persembahan bertenaga di pentas, penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan memiliki sisi peribadi yang jarang diketahui umum. Sebagai pencinta haiwan, Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 33, sanggup membelanjakan sehingga RM6,000 sebulan untuk menjaga lebih 30 ekor kucing jalanan yang dipeliharanya di kediamannya di Jakarta sejak tiga tahun lepas. Foto BERNAMA

“Baru-baru ini, saya selamatkan seekor kucing yang ada masalah jantung dan memerlukan oksigen sepanjang masa. Jadi saya beli mesin penjana oksigen dan bekalan gas untuknya.

“Saya pastikan setiap kucing mendapat rawatan mingguan. Semuanya telah disteril (dimandulkan) dan dibiar bebas bergerak di rumah,” katanya kepada pemberita pada sidang media bersempena dengan Divine Concert-Cakra Khan, di sini semalam.

Cakra yang turut menggaji seorang pembantu rumah bagi menolongnya menjaga semua kucing itu, berkata kasih sayangnya terhadap haiwan tidak bergantung pada baka atau rupa.

“Saya tak kisah jenis apa pun, asalkan sihat, itu sudah memadai. Semua kucing saya ini ialah kucing kampung,” katanya yang turut merancang untuk membuka pusat perlindungan haiwan suatu hari nanti.

Beliau percaya setiap haiwan yang datang ke rumahnya merupakan sebahagian daripada rezeki yang perlu dikongsi.

“Saya sentiasa buat apa saja walaupun kecil supaya saya rasa diri ini masih berguna. Saya juga tidak pernah takut kehabisan wang untuk merawat mereka. Saya yakin semuanya pasti ada jalannya,” kata penghibur yang turut meminati aktiviti bercucuk tanam sebagai bentuk terapi diri selepas penat bekerja.

Sementara itu, Cakra bakal tampil dengan konsep persembahan lebih intim menerusi Divine Concert-Cakra Khan di Dewan Plenary, KLCC pada 2 Ogos depan, menyusuli konsert serupa di The Star Theatre, Singapura pada 18 Julai.

“(Dalam konsert-konsert) Sebelum ini, saya tampil dengan format yang lebih serius dengan orkestra penuh. Kali ini saya mahu lebih bebas dan ‘playful’. Saya susun sendiri lagu, pencahayaan dan pentas supaya penonton dapat rasa pengalaman yang lebih dekat,” katanya.

Menurutnya, konsert itu juga bakal memperkenalkan album keduanya berjudul Divine yang dilancarkan tahun lepas, setelah lebih sedekad tampil dengan single secara berkala.

PENYANYI terkenal Indonesia, Cakra Khan melakukan persembahan ketika sesi sidang media sempena Divine Concert-Cakra Khan baru baru ini. Di sebalik vokal padu dan persembahan bertenaga di pentas, penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan memiliki sisi peribadi yang jarang diketahui umum. Sebagai pencinta haiwan, Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 33, sanggup membelanjakan sehingga RM6,000 sebulan untuk menjaga lebih 30 ekor kucing jalanan yang dipeliharanya di kediamannya di Jakarta sejak tiga tahun lepas. Foto BERNAMA

“Album pertama saya keluar pada 2013. Selepas itu, saya lebih fokus pada single kerana strategi promosi lebih sesuai begitu. Tapi sebagai penyanyi, saya tetap mahu tinggalkan sesuatu yang abadi, sebab itu album ini penting buat saya.

“Dalam album ini, saya keluar dari zon selesa dan diberi kebebasan untuk mencuba genre berbeza antaranya pop, balada dan klasik. Ada lagu yang penuh emosi, ada juga yang gembira,” katanya yang menjalani rakaman di beberapa lokasi termasuk Bali dan Bandung, Indonesia.

Konsert anjuran Shiraz Projects itu bakal menampilkan barisan artis jemputan seperti Titi DJ, Ade Govinda, Marsha Milan Londoh, Faizal Lubis, Ernie Zakri dan kumpulan harmoni Trio XL.

“Saya suka buka ruang untuk berkolaborasi. Misalnya, saya belum pernah berduet dengan Ernie, tapi saya tahu dia luar biasa. Saya juga obses dengan muzik klasik, sebab itu saya undang Trio XL kerana suara mereka sangat kuat dan teknikal. Saya percaya pada suara dan karakter mereka,” katanya.

Tiket konsert di Kuala Lumpur berharga RM255 hingga RM1,295 dan boleh didapati di www.myticket.asia, manakala tiket bagi konsert di Singapura dijual  SG$128 hingga SG$248 menerusi www.sistic.com.sg.– Bernama

Continue Reading

Previous: Konsert eksklusif ‘WE 4U2C Live In Concert’ 15 September depan
Next: Pitt pandu kereta F1 sebenar ketika filemnya mula ditayangkan di pawagam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.