Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cakna aduan masyarakat
  • WILAYAH

Cakna aduan masyarakat

Utusan Sarawak 2 months ago
FOKUS BERBINCANG... Dato Sri Abdul Ghafur Shariff dan kenamaan lain mengadakan pertemuan di Wisma Bintulu, hari ini.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menerima lawatan rasmi daripada Ketua Ombudsman Sarawak, Dato Sri Abdul Ghafur Shariff serta rombongannya ke Wisma Bintulu, hari ini.

Menurut kenyataan BDA, lawatan itu bertujuan memperkukuh kerjasama antara Ombudsman Sarawak dan BDA dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, selaras dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran.

Sepanjang sesi lawatan, pelbagai perbincangan telah dijalankan, antaranya termasuk penambahbaikan perkhidmatan awam serta peranan Ombudsman dalam menangani aduan masyarakat. 

Salah satu topik yang menarik perhatian adalah kejadian banjir di Bintulu pada 29 Januari lepas, yang telah memberi impak kepada penduduk setempat.

Dalam sesi tersebut, BDA berkongsi langkah-langkah mitigasi yang sedang dan akan dilaksanakan bagi mengurangkan risiko banjir pada masa hadapan. 

Antara langkah yang dibincangkan adalah peningkatan sistem perparitan, penyelenggaraan saliran bandar, serta kerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan kesiapsiagaan yang lebih mantap dalam menghadapi bencana alam.

BDA menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan semua pihak dalam memastikan penyelesaian yang terbaik demi kemajuan dan kesejahteraan Bintulu.

OLEH CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: Tingkat kreativiti, kesedaran alam sekitar
Next: Kaki murid tersepit besi penutup longkang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.