Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Caj dikenakan rentas Sarawak – Brunei
  • TEMPATAN

Caj dikenakan rentas Sarawak – Brunei

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Bermula 1 Oktober 2020, Kerajaan Negara Brunei Darussalam akan melaksanakan Caj Perkhidmatan (CAP) dan Pas Perjalanan Kerap (Frequent Commuters Pass – FCP) bagi warganegara Brunei, Malaysia dan warga asing lain yang merentasi sempadan Sarawak – Brunei.

Caj Perkhidmatan dengan kadar bayaran B$3 (anggaran RM9.30) akan dikenakan ke atas setiap individu setiap kali melintasi pos sempadan darat Sarawak (Malaysia) – Brunei.

Menurut kenyataan daripada Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam, bagi individu warganegara Brunei, Malaysia dan warga negara asing yang melakukan perjalanan kerap  sekurang-kurangnya 15 kali sebulan untuk tujuan pekerjaan dan/atau persekolahan adalah layak untuk memohon Pas Perjalanan Kerap (FCP). 

“Pas ini boleh dipohon secara atas talian melalui portal Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam (www.pmo.gov.bn/travelportal).

“FCP boleh dipohon untuk tempoh satu bulan, tiga bulan atau enam bulan dengan kadar bayaran,” kata kenyataan itu.

Kadar bayaran yang akan dikenakan adalah untuk sah penggunaan satu bulan, kategori pekerja (B$50.00 seorang) manakala untuk kategori pelajar (B$30.00 seorang).

Dalam pada itu, untuk sah penggunaan tiga bulan pula untuk kategori pekerja (B$150.00 seorang) manakala kategori pelajar (B$90.00 seorang).

Selain itu, untuk sah penggunaan enam bulan pula untuk kategori pekerja (B$300.00 seorang) manakala kategori pelajar (B$180.00 seorang).

Bagi pengguna yang lain akan dikenakan kadar caj sebanyak B$3.00 seorang semasa setiap kali melintasi pos kawalan darat.

“Pengecualian daripada pembayaran CaP akan diberikan kepada kategori-kategori seperti kenderaan yang dimiliki kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri Sarawak bagi tujuan kegunaan rasmi, kereta bomba, ambulan dan PDRM, kenderaan untuk membawa jenazah dan kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah,” ujar kenyataan itu lagi.

Permohonan bagi pengecualian dari dikenakan CaP bagi kes khas boleh dipohon melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Long Lama maju setapak lagi
Next: Perkhidmatan 3G, 4G diperluaskan ke luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.