Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cadangan tiket percuma tahunan guru Sarawak, wajar dipertimbang
  • TEMPATAN

Cadangan tiket percuma tahunan guru Sarawak, wajar dipertimbang

Utusan Sarawak 16 hours ago
PERASMIAN….Stanley mewakili Lau menyempurnakan simbolik perasmian AGM STU Bahagian Sibu ke-22 di Kolej Laila Taib, hari ini. Foto: Akun Giman

SIBU: Cadangan agar kerajaan Sarawak mempertimbangkan pemberian satu tiket penerbangan percuma setiap tahun kepada semua guru yang berkhidmat di negeri ini sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka wajar diberikan perhatian serius.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan oleh wakil Kesatuan Guru Sarawak (STU), Yong Sie Hing tahun lalu dan dilihat relevan terutama memandangkan pengorbanan guru yang bertugas jauh dari kampung halaman.

“Cadangan ini sangat signifikan apatah lagi dengan perancangan kerajaan Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri melalui pengambilalihan MASwings Sdn Bhd yang dijangka dimuktamadkan hujung tahun ini.

“Saya berharap inisiatif ini dapat direalisasikan demi kebajikan para guru,” katanya menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Setiausaha Sulitnya, Stanley Chiew semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Sibu ke-22 di Kolej Laila Taib, hari ini.

Ahli Parlimen Lanang turut merakamkan penghargaan kepada ahli STU yang terus konsisten memperjuangkan kebajikan dan hak pendidik di negeri ini.

Beliau memuji inisiatif STU menyediakan perlindungan takaful kepada ahlinya yang bukan sahaja memberi ketenangan semasa bertugas malah menjamin kebajikan keluarga sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Takaful bukan sekadar perlindungan kewangan tetapi juga mencerminkan semangat solidariti dan sokongan dalam kalangan ahli kesatuan,” katanya.

Lau turut menekankan isu beban tugas dan tekanan emosi yang sering dihadapi guru dan menyifatkan pandangan bahawa tugas guru hanya terhad kepada pengajaran di dalam kelas sebagai satu tanggapan yang tidak tepat.

“Realitinya, guru perlu menyediakan bahan pengajaran, menyampaikan isi kandungan secara kreatif, mengurus kelas dan melaksanakan penilaian pelajar. Tidak hairanlah statistik menunjukkan peningkatan bilangan guru yang bersara awal setiap tahun,” katanya.

Beliau menyeru agar STU terus memperkasakan program sokongan psikososial dan pengurusan emosi bagi membantu guru berdepan tekanan kerja.

Dalam perkembangan lain, Lau menyokong saranan STU agar lebih ramai guru di Sarawak menyertai kesatuan tersebut untuk menikmati pelbagai manfaat termasuk kad pekerja MADANI yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus daripada lebih 100 syarikat di seluruh negara.

“Saya percaya, dengan kesatuan yang kukuh, suara para guru akan lebih didengar dan kebajikan mereka dapat terus dipelihara,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lebih banyak taman lalu lintas akan dibina di Sarawak
Next: Amaran rebut petir di tujuh negeri, WP Labuan hingga 5.00 petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.