Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cadangan sekolah berkelompok di Sarawak akan dikemukakan kepada KPM
  • TEMPATAN

Cadangan sekolah berkelompok di Sarawak akan dikemukakan kepada KPM

Utusan Sarawak 3 days ago
SIDANG MEDIA…Rolland Sagah Wee Inn bersama kenamaan lain selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan Sambutan Hari Keputeraaan YDP Agong peringkat Sarawak di Limbang bermula 11 hingga 15 Jun ini.

LIMBANG: Cadangan untuk mewujudkan sekolah berkelompok bagi mengatasi isu sekolah yang sering dilanda banjir dan sekolah kurang murid (SKM) di Sarawak akan dibawa kepada perhatian Kementerian Pendidikan (KPM).


Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata cadangan untuk melaksanakan sekolah berkelompok pernah dilaksana Sarawak sebelum ini namun perlu mendapat persetujuan dalam kalangan ibu bapa.


Katanya, kementerian secara dasarnya bersetuju untuk menubuhkan sekolah berkelompok bagi mengabungkan SKM dan sekolah bermasalah lain dan ia perlu mendapatkan persetujuan pihak ibu bapa, guru dan masyarakat setempat.


“Memang sudah lama kita nak buat sekolah yang bermasalah lebih-lebih lagi SKM Sekolah Kurang Murid tetapi oleh kerana kita tak dapat membuat ini jikalau tidak dipersetujui oleh ibu bapa mereka.


Kita akan bawa ke pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tapi setakat ini ada satu sahaja sekolah kelompok ini di satukan di Tebedu saja. Tempat lain di Sarawak tidak ada,” katanya pada Sidang Media Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2025 di sebuah hotel terkemuka di Limbang, hari ini.


Katanya lagi selain SKM, sekolah berkelompok ini boleh diwujudkan untuk sekolah-sekolah yang terjejas banjir agar dapat disatukan di bawah sebuah sekolah.


Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Residen Bahagian Limbang Unos Tambi dan kenamaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Masa operasi sempadan dilanjut, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Limbang
Next: Frequent power failure along Ang Cheng Ho business area

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.