Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cadangan pembinaan parkir Masjid Maludam demi keselesaan dan keselamatan jemaah
  • Tengah
  • WILAYAH

Cadangan pembinaan parkir Masjid Maludam demi keselesaan dan keselamatan jemaah

Utusan Sarawak 5 hours ago
DAYANG Noorazah semasa mengadakan perbincangan cadangan pembinaan kemudahan tempat letak kenderaan di Masjid Maludam di Bilik Mesyuarat JKR Bahagian Betong, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

BETONG: Satu perbincangan telah diadakan bagi meneliti cadangan pembinaan kemudahan tempat letak kenderaan di Masjid Maludam.

Fokus utama perbincangan itu adalah untuk meningkatkan keselesaan, keselamatan serta kelancaran pergerakan jemaah, khususnya ketika waktu solat Jumaat, musim perayaan dan penganjuran program keagamaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, inisiatif tersebut amat penting dalam memastikan kemudahan masjid dapat menampung keperluan semasa komuniti setempat yang semakin bertambah, selaras dengan peranan masjid sebagai pusat ibadah dan aktiviti kemasyarakatan.

Menurut beliau, perbincangan berkenaan telah diadakan semalam bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong, dan melibatkan pelbagai agensi berkaitan bagi memastikan perancangan projek dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur.

Dayang Noorazah menjelaskan, antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek teknikal pembinaan, kesesuaian tapak yang dicadangkan serta impak projek terhadap persekitaran dan penduduk sekitar, agar kemudahan parkir yang dibina benar-benar memenuhi keperluan jemaah.

Beliau turut menegaskan bahawa penyediaan tempat letak kenderaan yang terancang bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan masjid, malah mampu meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya dan jemaah, terutamanya pada waktu puncak.

“Usaha penambahbaikan kemudahan awam seperti ini memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat setempat dan memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Perbincangan tersebut turut disertai wakil daripada Pejabat Residen Betong, Pejabat Daerah Pusa, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong, JKR Bahagian Betong, Pejabat Daerah Kecil Maludam, Pejabat Agama Islam Bahagian Betong serta pihak pengurusan masjid.

Dayang Noorazah menyambut baik komitmen semua pihak yang terlibat dan berharap cadangan pembinaan kemudahan parkir Masjid Maludam ini dapat direalisasikan demi manfaat jangka panjang penduduk setempat serta keselesaan para jemaah.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Masalah hakisan tanah di Taman Hill View 2 masih berlanjutan, penduduk bimbang kerugian dan risiko keselamatan
Next: 85 pemilik tanah terima pampasan projek Jalan Paya Bakong-Debak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.