Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cadangan jalan baharu ke Nanga Skrang dari Jambatan Batang Lupar 2 pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat
  • Selatan
  • WILAYAH

Cadangan jalan baharu ke Nanga Skrang dari Jambatan Batang Lupar 2 pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis semasaengadakan sesi perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Induk JKKK Kampung Nanga Skrang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang, semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Cadangan pembinaan jalan masuk ke kawasan Nanga Skrang dari Jambatan Batang Lupar 2 dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat, khususnya dalam sektor pertanian komersial.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, kemudahan akses jalan yang lebih baik akan membuka peluang lebih luas kepada penduduk rumah panjang di kawasan berkenaan untuk memasarkan hasil pertanian mereka dengan lebih mudah dan efisien.

Menurut beliau, kawasan Nanga Skrang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai hab pertanian sekiranya infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya dipertingkatkan.

DATUK Francis Harden Hollis semasaengadakan sesi perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Induk JKKK Kampung Nanga Skrang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang, semalam. Foto: ADUN Simanggang

“Apabila akses jalan diperbaiki, ia bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk, malah membolehkan aktiviti ekonomi khususnya pertanian komersial berkembang dengan lebih pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Induk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Nanga Skrang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang, semalam.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut mencadangkan agar agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian Sarawak dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dibawa ke kawasan tersebut bagi mengadakan dialog bersama penduduk rumah panjang.

Menurutnya, usaha itu penting bagi memberi pendedahan kepada penduduk mengenai potensi tanaman komersial yang boleh diusahakan sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah.

Harden menegaskan kerajaan sentiasa komited merancang pembangunan luar bandar secara menyeluruh agar masyarakat di kawasan pedalaman tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri. 

Terdahulu, perjumpaan tersebut diadakan bagi mendengar sendiri isu berkaitan pengurusan JKKK Kampung Nanga Skrang yang berhasrat memperbaharui barisan ahli jawatankuasa pengurusan atas permintaan jawatankuasa protem.

Dalam pertemuan itu, Tuai Rumah Romeneo Tugang turut menyampaikan permohonan maaf atas kekhilafan tidak sehaluan dengan kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN12) lalu.

Harden mengalu-alukan rombongan JKKK berkenaan dan menasihatkan mereka supaya mengadakan mesyuarat rasmi serta menyediakan minit mesyuarat bagi melengkapkan proses pelantikan jawatankuasa baharu sebelum dikemukakan kepada Pejabat Daerah Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Lingga ziarah mangsa kebakaran Kampung Tanjung Baru Maludam
Next: Projek naik taraf perparitan di Jalan Semeba siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.