Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cadangan bina ‘Terminal Makanan Sarawak’
  • TEMPATAN

Cadangan bina ‘Terminal Makanan Sarawak’

Utusan Sarawak 5 years ago
SAKSI PENYERAHAN DOKUMEN….Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyaksikan upacara penyerahan dokumen Integritisemasamenghadiri Majlis Perasmian Program Hari Intergriti Mandred 2020 di hotel terkenal di bandar raya Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengkaji cadangan untuk membina ‘Terminal Makanan Sarawak’ berteknologi tinggi di beberapa lokasi di seluruh negeri.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan Terminal Makanan Sarawak itu merupakan pasar borong bagi hasil pertanian dan makanan tempatan.

Uggah berkata, terminal tersebut nanti akan menjadi pusat sehenti bagi para petani, nelayan, penternak dan pengusaha tempatan menjual hasil tani dan makanan yang dikeluarkan oleh masing-masingnya.

“Baru-baru ini Uggah memberitahu beliau menerima kunjungan daripada sebuah kumpulan Koperasi Pertanian bagi menyampaikan keadaan semasa sektor hasil pertanian kepadanya.

“Dalam pertemuan itu, mereka memberikan beberapa cadangan termasuk pembinaan pasar borong seperti di Selayang, Selangor dan kita mengalu-alukan cadangan ini,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata demikian ketika menyempurnakan Hari Integriti Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah di sebuah hotel terkemuka semalam.

Uggah mengakui pihaknya akan mengemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan Sarawak untuk tujuan kajian kos dan lokasinya.

“Saya harapkan dalam masa seminggu dua ini kumpulan Koperasi Pertanian itu akan menyerahkan kertas kerja cadangan untuk diserahkan kepada kerajaan negeri pada hujung bulan ini,” ujarnya.

Merancang pasar borong tersebut akan dilengkapi teknologi terkini dan canggih, Uggah yakin pasaran pasar itu nanti berupaya menembusi pasaran global.

“Oleh itu sokongan dari sektor swasta juga amat dialu-alukan iaitu dari segi bantuan isentif diberikan kepada para usahawan dan pengusaha tani dan makanan,” ujarnya.

Kerjasama daripada sektor swasta kata Uggah, bakal merancakkan ekonomi pertanian dan makanan malah objektif kerajaan untuk menjadikan terminal itu hab pasaran hasil pertanian dan makanan di Sarawak berjaya.

Pada majlis itu, Uggah menyaksikan lafaz ikrar anti rasuah dan integriti oleh warga kerja MANRED.

Continue Reading

Previous: RM283, 500 MRP diagih kepada 11 JKKK, pertubuhan
Next: Abang Johari terima kunjungan Pengarah DBPCS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.