Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Cadangan bayaran pencen KWSP secara bulanan tidak jejas hak pengeluaran ahli sedia ada – MOF
  • NASIONAL

Cadangan bayaran pencen KWSP secara bulanan tidak jejas hak pengeluaran ahli sedia ada – MOF

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Tanjong Lim Hui Ying pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ketika Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Cadangan pelaksanaan bayaran pencen secara bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) tidak akan menjejaskan hak pengeluaran ahli sedia ada.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata ini kerana cadangan tersebut hanya akan terpakai kepada ahli baharu yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaan mekanisme baharu itu. 

Bagaimanapun katanya, ahli sedia ada boleh memilih untuk beralih kepada struktur baharu itu secara sukarela.

“Cadangan penstrukturan semula akaun KWSP ini akan memperkenalkan satu mekanisme baharu yang membolehkan sebahagian daripada simpanan ahli diperuntukkan khusus untuk menyediakan aliran pendapatan berkala sepanjang tempoh persaraan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) mengenai rasional KWSP untuk memperkenalkan bayaran pencen secara bulanan, lanjutan daripada pengumuman dalam RMK-13.

Menurut Lim, mekanisme baharu itu bertujuan memastikan simpanan ahli bertahan lebih lama bagi menampung perbelanjaan harian ketika tempoh persaraan yang dijangka semakin meningkat, seiring peningkatan jangka hayat.

“Struktur baharu ini akan diwujudkan apabila ahli mencapai usia persaraan minimum, yang mana simpanan ahli terbahagi kepada dua komponen utama iaitu simpanan fleksibel, iaitu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

“Kedua, adalah simpanan pendapatan, yang diagihkan secara berkala atau bulanan sehingga habis. Cadangan ini bertujuan mengukuhkan jaminan pendapatan hari tua dan menyokong pengurusan kewangan yang lebih mampan,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Had umur persaraan wajar disemak mengikut sektor, bukan diseragamkan – Pakar
Next: Belanjawan 2026 seiring dengan pelaksanaan tahun pertama RMK13 – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.