Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cadang tetapkan tempoh khusus sambutan ‘Ngiling Bidai’ – Nanta
  • TEMPATAN

Cadang tetapkan tempoh khusus sambutan ‘Ngiling Bidai’ – Nanta

Utusan Sarawak 1 day ago
BERSAMA RAKYAT…. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menghadiri majlis ‘Ngiling Bidai’ di Rumah Steward Saba, Tatai Mas Raweng di sini hari ini. Foto: Akun Giman

KAPIT: Jabatan Premier Sarawak menerusi Bahagian Undang-Undang dan Adat Bumiputera dicadangkan supaya menetapkan satu tempoh khusus bagi penganjuran majlis ‘Ngiling Bidai’ sebagai usaha menyelaraskan pelaksanaan adat tersebut agar lebih teratur dan berkesan.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menegaskan keperluan menetapkan bulan khusus bagi sambutan penutup Gawai Dayak itu agar tidak berlarutan hingga ke September atau Oktober.

“Kita mencadangkan agar sambutan ‘Ngiling Bidai’ diadakan hanya dalam bulan Jun. Selepas itu, tumpuan boleh diberikan kepada urusan lain termasuk kerja seharian. 

“Langkah ini penting untuk membantu pengurusan masa dan memastikan adat tetap diraikan secara tertib,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis ‘Ngiling Bidai’ di Rumah Steward Saba, Tatai Mas Raweng di sini hari ini.

BERSAMA RAKYAT…. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menghadiri majlis ‘Ngiling Bidai’ di Rumah Steward Saba, Tatai Mas Raweng di sini hari ini. Foto: Akun Giman

Nanta turut menyarankan agar pendekatan ini mengambil contoh daripada sambutan Chap Goh Mei oleh masyarakat Tionghua yang diraikan dua minggu selepas Tahun Baharu Cina, serta sambutan Hari Raya oleh umat Islam yang berlangsung sepanjang bulan Syawal.

“Sebenarnya, idea menyelaraskan tempoh sambutan ini sudah lama dibincangkan dalam kalangan masyarakat Dayak, terutama di peringkat kepimpinan. Kini tiba masanya kita melaksanakannya secara menyeluruh,” katanya.

Ahli Parlimen Kapit itu turut menggesa agar golongan berusia di kawasan tersebut membantu generasi muda yang ingin membina rumah panjang sendiri.

“Seperti mana generasi terdahulu dibantu untuk menaik taraf rumah panjang mereka, generasi muda hari ini juga memerlukan sokongan yang sama. Kita harus teruskan semangat gotong-royong ini demi kesinambungan budaya dan komuniti,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kampung Haji Baki catat perubahan positif, kini zon kuning kes dadah
Next: Tun Wan Junaidi dan isteri luang masa bersama keluarga sempena Hari Bapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.