Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Cadang bangunan baharu dibina di Hospital Sibu
  • SEMASA

Cadang bangunan baharu dibina di Hospital Sibu

Utusan Sarawak 3 months ago

TERTARIK.....Abang Johari serta isteri; Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd, Dato Sri Wahab Dolah (barisan kedua, kanan); Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Ta Ann, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi (barisan kedua, dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad Dato K.H Wong (sebelah kiri Premier) menyaksikan persembahan tarian singa.

SIBU: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) bersama Hospital Sibu telah mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) agar sebuah bangunan baharu dibina di hospital itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Rolling Plan 1.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang, berkata cadangan tersebut merangkumi pembinaan blok tambahan yang akan menempatkan kuarters kakitangan serta wad khas bagi pesakit onkologi dan kardiologi.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyokong gesaan rakan sekerja saya, Datuk Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, yang sebelum ini mencadangkan agar Sibu mempunyai pusat onkologi. 

“Saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Tahun Baharu Cina oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di kediamannya hari ini.

Beliau menegaskan bahawa beberapa kemudahan tambahan turut dicadangkan bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Hospital Sibu, yang berperanan sebagai pusat perubatan utama bagi Zon Tengah Sarawak.

Menurutnya, cadangan pembinaan pusat onkologi itu adalah langkah penting bagi memenuhi keperluan rawatan penduduk di kawasan tersebut.

“Hospital Sibu bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan, malah turut menampung keperluan perubatan bagi seluruh Zon Tengah. Oleh itu, penambahan kemudahan ini amat diperlukan,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya akan terus berusaha dan mendesak agar pelan ini dapat direalisasikan dalam tempoh RMK-13.

Terdahulu, Annuar mencadangkan agar pusat kanser yang telah lama dinantikan di Sarawak dibina di Sibu, memandangkan lokasinya yang strategik di tengah-tengah negeri ini.

Turut hadir ialah isteri kepada Premier Sarawak, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi; Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd, Dato Sri Wahab Dolah; Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Ta Ann, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad, Dato K.H Wong.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Bencana: Kerajaan Sarawak rancang bina pusat pemindahan kekal – Uggah
Next: Bencana: Bomba bersama Angkatan Tentera, Lembaga Sungai Sarawak hantar bantuan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.