
KUALA LUMPUR: Cabaran kem Malaysia pada Terbuka British 2026 berakhir selepas jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari tersingkir pada pusinga ketiga di Birmingham, pada Rabu.
Pada aksi berlangsung di Solihull Arden, Sivasangari yang merupakan harapan terakhir negara pada kejohanan itu dan diletakkan sebagai pilihan kelima dikejutkan oleh pemain tuan rumah yang juga pilihan kesembilan Georgina Kennedy 9-11, 9-11, 13-11, 5-11.
Georgina seterusnya akan berdepan pilihan kedua dari Mesir Nour El Sherbini yang menewaskan Chan Sin Yuk dari Hong Kong 11-3, 11-2, 11-7.
Kejohanan bertaraf Diamond dalam siri Jelajah Persatuan Skuasy Profesional itu, yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$346,500 (RM1.39 juta) akan berakhir Ahad ini. – Bernama